:.: My Notes - I Do It My Way :.:

"Dan sesungguhnya KAMI telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan KAMI lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya" Surah QAAF, Ayat 16

Thursday, September 29, 2005

+ Dr Unvar - Al Ftihah +

AL FATIHAH..

Belum pun reda aku dengan keletihan semalam..aku dikejutkan pula dengan berita pulangnya lecturer aku semester ini ke Rahmatullah..

Air mata aku meleleh lagi..
Dr Unvar Rahman..baru je last Saturday aku visit dia di PUSRAWI..memang waktu tu dia dah tak sedarkan diri tapi syukurlah dengan “desakan” yg membuatkan aku melawat Dr Unvar selepas pulang dari jogging Sabtu lepas (thanks so much) tak aku sangka ianya kali terakhir aku melihat jasad pensyarahku itu..hanya berbual tak sampai 5 minit bersama isterinya kami turun semula tuk pulang ke rumah..kata isterinya denggi..tak apalah..waktu tu aku hanya berdoa dalam sebak melihat Dr Unvar yg susah tuk bernafas..

Apakan daya..semalam jam 1.25 ptg di kembali kepada NYA..markah mid-term aku pun aku tak dapat lagi..sedihnya..next week dan nak final..Ya Allah Maha Suci..maha Besar..aku terima segala dugaan yg kau berikan pada ku ini..

walaupun hanya sempat 8 minggu daripada 12 minggu bersama ilmu yg Dr Unvar curahkan..akan aku sematkan InsyaAllah..aku akan lebih berusaha pada semester ini..Al Fatihah

*Hiba bila melihat wajah nya di muka utama Utusan Malaysia pagi ni..

Wednesday, September 28, 2005

+ 5 jam di Hospital Selayang… +


27 Sept 2005
Pagi..
Murah rezeki aku pagi ni..atas meja ada Nasi lemak ayam yg Kak Ros belikan..sebelum memulakan tugas aku berkesempatan tuk bersarapan bersama Kak Ros dan Kak Has..belum separuhpun nasi lemak aku terusik aku melihat henset ada sms yg tak berapa best dari papa..alahai..sedih..sedih..aku bangun dari meja tinggalkan 2 orang secretary tu terpingga-pingga melihat gelagat aku..ishk..kurang sopannya aku..waa..aku nak nangis sbenarnya..

Walau apa pun isi sms papa,air mata aku dah turun dulu..
(murahnyer air mata sejak akhir-akhir ni) tak lama kemudian aku dapat lagi sms dari papa mengarahkan aku ke UNISEL tuk melihat adik yang agak kurang sihat..

ishk..dugaan sungguh..aku mengadap Kak Ros dan Kak Has..aku minta izin tuk pulang dan time off for half day, aku berterima kasih sangat pada mereka berdua atas keprihatinan mereka berdua terhadap aku situasi aku..

destinasi seterusnya UNISEL..kesiannya kat adik bongsu aku yg sorang ni dah lemah sangat dari 5 pagi dok muntah-muntah..kata gastric tapi dah kritikal ni..aku pulak perlu memikirkan kelas ganti yang perlu aku kejar pada petangnya (dah la Dr Nik yang ganti..Dr Unvar masih tak sedarkan diri di hospital..sayunya hati..teringat Sabtu pagi lepas aku melawat dia di PUSRAWI)

“Along jangan la balik dulu..teman la adik”
alahai adik aku nih..aku ada kelas la petang ni..nak lari ke UIA dari Btg Berjuntai ni bukan sekejap..

aku angguk jer..kesian kat dia..tak sampai hati pulak nak tinggalkan begitu jer..erm..akhirnya aku mengambil keputusan tuk membawanya bersama pulang ke KL at least tak susah aku nak monitor..

dalam perjalanan ke KL papa bertanyakan keadaan adik dan mencadangkan supaya masukkan adik ke hospital jika keadaan masih kritikal..

destinasi seterusnya Hospital Selayang..kesian adik terpaksa ditahan di ICU selama 5 jam sebelum aku bawa dia pulang ke Seremban..memandangkan dia telah kehilangan banyak air..Doktor terpaksa dripping..siannya..cucuk lagi kat tangan kecik dia tu tuk masukkan air..

antara sedar tak sedar hampir jam 11 malam baru adik terjaga dan merintih mahukan mama..iskh..sabar la..mujur tak perlu naik ambulan ke Hospital Seremban..

destinasi terakhir..rumah Seremban..

5 jam di Hospital Selayang cukup menyedarkan aku..betapa pentingnya kasih sayang, dengan kasih sayang sahaja dapat meredakan banyak perkara..lagi penting sesame keluarga dan orang yg rapat dengan kita..

pada “kekuatan” yg Allah bekalkan dan menemani aku..aku ucapkan Terima Kasih banyak-banyak..Allah jua yg dapat mengembalikannya pada mu..Ya Allah aku panjatkan kesyukuran ini..hanya pada MU..

Monday, September 26, 2005

+ Idol?? Malaysian Idol?? +

is it important to have the Malaysian Idol?
just being 'boom' by the 2nd malaysian idol Daniel..
naa..i'm jusk asking..i'm not really to say yes or no because i'm not voting it at all..

come back to the definition of 'idol'..what is idol actually..?may be nowadays..the word idol have been manipulated..but as what i has understood..idol mean that a peope that being worship and idol..

sampai begitu tahapnya..dasat plak..tapi macam yang aku katakan before..mungkin sekarang maksud idola itu sendiri dah dimanipulasikan..menyorot kembali pengumuman MI 2- Daniel..(cewaah)aku tak rasa apapun..tv yg terpasang kat ruang tamu aku wat endah tak endah jer..cuma rakan serumah yg waktu tu mungkin teringin tuk melepaskan penat..cuba menekan remote tuk memilih chanel sini-sana..malam tu..semua hiburan..satu je chanel yg ada bola..(Sel v.s Prk)aku..tengok la jugak..

Nita v.s Daniel V.S Selangor v.s Perak..hehehe..jauh beza...tapi tengok la penangan idola manusia berentap di pentas duniawi..hehe..kita je yg patut tanya diri kita sekarang sapa idola kita sebenarnya..

kalau zaman Rasullah dan para sahabat dah tentu Rasullah saw jadi idola utama..lepas tu pulak muncul pula sahabat-sahabat seperti Umar ra yg menjadi idola umat ketika itu..sesunggunya pada mereka ada keistimewaan yg jitu tuk menegakkan Islam..

kini..???

Saturday, September 24, 2005

+ la tahzan +

" mengapa diri memaksa pihak lain tuk memahami diri kita sedangkan kita sendiri tidak memahami diri sendiri..tidak mengasihani..malah menzalimi"

@@@

"andai diri takut pada kesedihan dan kemurungan yang lalu..maka jangan dipusing langkah tuk kembali pada yang lampau"

@@@

"hari ini adalah milik aku"
~perlu aku usahakan segalanya selagi belum terlambat kerana nafas yang berikutnya mungkin akan berhenti~

@@@



life..life..life is so beautiful..sometimes we do create life to be harmful..hari ini adalah sesuatu yg tak mungkin kita akan ulangi esok hari kerana berkerjalah kamu seperti hidup 1000 tahun lagi dan beribadahlah kamu seperti esok tiada lagi..cukup dengan ungkapan ini..kita perlu berusaha bersungguh-sungguh hari ini takut tak berkesempatan lagi esok hari..jangan digusarkan apa yg akan berlaku akan datang kerana ketentuan yg baik hari ini pasti akan membuahkan hasil yg baik masa akan datang..kegusaran memikirkan ketentuan masa depan hanyalah bisikan syaitan agar kita lebih lalai tetapi tidak bertindak..nauzubillahimin zalik
*manipulated from "la tahzan"

Friday, September 23, 2005

+ terhenti +

"mampukah diri menyembunyikan segalanya..kecewa..kerana merasakan ada lagi yg tersembunyi..ya..itu semua milik ILLAHI..tapi cukup perit pabila yg di depan mata masih belum lagi ikhlas pada janji-janji..hipokrasi..hipokrasi..cukuplah..yg benar pastikan muncul jua.."

+ langkah maju ke depan +

“…UUuupPssS..i did it again…”

buat lagi..buat lagi..penat la bila benda yg tak sepatutnya di buat..buat lagi..
lepas dah sedar tuh…mula la..teringat lagu Britney nih..

lihatlah..langkah perlu maju ke depan bukannya mengundur..jalan kat dunia ni pun bukanlah semuanya lurus tapi bila kita nampak destinasi kita..matlamat dan kejayaan di hujung jalan yg bengkok tu..pasti..langkah yg kita hayun akan lurus jua..hingga mengubah jalan yg asalnya bengkok menjadi lurus..




azam..perlu sentiasa disemat di hati..minda..burry it deep inside your heart..

keyakinan..perlu sentiasa dikeliling kita..memagari segala langkah agar tak lemah bila melangkah..

harap..asa..sentiasa pada Nya jua..walau seribu kali mencampakkan diri dalam ke lembah keraguaan dan kehinaan..namun yg pasti masih belum terlewat..yg penting perlu bangkit..mara..jalan perlu langkah ke depan walaupun tapak yg memijak jalan di hadapan penuh duri tapi apa pula yg rugi andai duri yg terpaksa dipijak itu adalah kemanisan di hujungnya..Subhanallah..

azam dah ada..Cuma perlu tekad, yakin dan sabar..InsyaAllah pasti berjaya..kadang aku ternanti-nanti bila pula masa yg akan aku dakap untuk melihat hasil setiap langkah baru yang aku susun ni..

yang pastinya..ke depan..ke depan..yang di belakang adalah yang perlu diganti dengan yang di depan..

+ ilham indah dari seberang +



Di penghujung kisah

Di penghujung kisah,
Duhai Pemilik Jiwa,
Kulihat terik mentari melukis pedaran kehangatan-Mu,
Merengkuh jiwa yang tertatih pilu,
Membalut luka dengan asmara-Mu
Pada pengaduan di penghujung kisah
Larungkan kepingan qalbu,lembar demi lembar,
Luluhkan penantian pada penat jiwa yang membisu
Tanpa coba mengurai hasrat yang telah terkubur
Pastinya janji-Mu,mengokohkan pijakan,menggugurkan sekelebat
hasrat yang tak layak ntuk kumiliki
Getar asmara-Mu, menyentuh dawai kalbuku,
merengkuhku dalam lautan Maaf-mu,
agar segala perih yang tertoreh dapat dihapus dalam qalbu ini
agar segala luka ini luruh disetiap nafasku
dan biarlah epilog kisah yang tercipta
terkubur di kedalaman samudra-Mu
Hingga akhirnya ku hanya mampu tersungkur disajadah, hanyut
dalam cubuan-Mu dan tenggelam dalam ayat-ayat cinta-Mu
Duhai Pemilik jiwa ini,
peluklah aku dalam dekap lembut-Mu,
pada penantian yang akan tiba,
kutitip pinta diakhir pejaman mata,
pada penutup bab perjumpaan bersamanya
Ya illahi,
Bawalah aku ketempat para perindu-Mu, yang berenang-renang di
telaga cinta-mu, dan merekapun tak lelah dalam berjual beli
dengan-Mu.
Hingga kisah ini kututup dengan senyum dan memaafkan
Alhamdulillah, summa Alhamdulillah, summa Alhamdulillah


mIzUki
Sby,26 Juli 05
~kunanti jiwa-jiwa pada pengorbanan tegaknya ArRoyyah Allahu Akbar


JULI

Juli,akan segera larung
Jamuan ini akan segera berakhir
Jejak kita pun lamat-lamat akan segera menghilang
Jenaka wajah ini tak kan kau temui lagi, karena
Janji kita hanya tinggal hitungan hari,
Jauh...
Jarak kita kan kian lebar,
Jeruji langit membatasi langkahku
Jumawa asmara kaki kembaraku,tertunduk di bawah sabda Sang Pandita
Jangan ada sesal di palung jiwa,
Jabatlah aku ntuk terakhir kalinya,
Jika pesona jiwa ini tak kautemaukan kembali,
Jangan bersedih.....
Jelita semesta akan menemanimu di episode berikutnya
Jelaga tak kan kembali kelam
Jikalau rasa itu masih saja menghuni rongga hati dan menghentak dada
Justru kenangan cinta putih kita,yang akan membawamu dekat denganku
Jahitan lukamu yang belum mengering, kan kubalut dengan panjatan munajat bersama kejaiban
pada ayat-ayat cinta-Nya
Jarak..., tak kan membuat tanda cinta mengering
Jejaka..., kutitip sepenggal pesan,Bangkitlah gerakkan raga dalam hela napas ibadah
kepada-Nya, hingga taqwa bersemayam dihati,hentakkan kaki dan getarkan isi bumi dengan
pekikkan illahi, hingga kutitipkan hari-harimu agar kau dapat bekerja dengan cinta

mizuki
sby,27 Juli 05
~antum ruhun jadidah tarsi fi ja-sadil ummah !

*sajak-sajak ini diilhamkan oleh salah seorang sahabat saya dari Tanah Seberang - Ukhti Kamilah Hidayati..beliau merupakan seorang pendidik di sebuah institusi pengajian tinggi (Institut Elektronik Surabaya) dlm bidang IT..

Ukhwah fillah..moga ukhwah yg tersemai kerana Nya..akan sama memimpin kita ke jalan Nya,InsyaAllah..Bumi Allah ini sungguh luas..


Tuesday, September 20, 2005

+ dari aku untuk aku +

Sesak..macam-macam perlu dikejar..kadang rasa diri dah terlambat..penat..bila kejar yang satu ni..yang satu ni pulak tak teliti di buatnya..maka sendiri rasa tak puas hati..tak kurang juga terasa diri sendiri di kejar..huhu..sapa yg mengejar..ajen insurans laa..ajen kredit kad laa..allaaa…x mo la…kan aku dah kata aku x mo..sibok gak offer produk diaorang tuh..puas aku tolak..nanti la nak buat solat istikharah dulu..manatau patut pulak..

Xper..susah-susah sangat pasni aku sendiri jadi ajen jual insurans..haha aku sendiri yg akan menjual bila ade je ajen lain bukak mulut nak jual hehe..tapi aku x mo la jadi ajen kredit kad…menyusahkan diri la pulak..

Anyway..banyak benda yg memerlukan perancangan sebenarnya..walaupun terasa diri jauh tertinggal bila mengejar..tapi aku tahu aku belum lagi ketinggalan..yg penting aku perlu merancang segala di depan mata ni dengan apa yg aku mempu..bukannya ikut cara sendiri tapi perlulah ada panduan yg hakiki..couse and effects..ni la yg selalu kita lupakan..jangan takut..jalan di depan belum suram..masih terang dengan cahaya Nya terpulang pada kita nak mengikutinya atau tidak harus diingat jalan di depan jua tak kan sepi dengan ujian..maka jangan pula mengeluh atas segala yg menimpa..cuma benteng iman je yg tak kuat..hidup perlulah diuruskan sebaiknya kerana inilah amanat Dia..

erm..macamana bila perancangan dah berjaya..?perlu ke di bangga kan…?nauzubillah..rasanya itu pun dari DIA jugak..apalah daya kita nak membangga sedangkan tanpa izin Nya belum pasti kita kan berjaya..

ini..hanya berkongsi tuk muhasabah diri..masih belum terlewat tuk membetulkan mana-mana yg masih belum ‘tertampal’..Sya’ban pun bakal meninggalkan kita dan marhaban pada Ramadhan yg bakal tiba..tazkir utk aku..dari aku..


:: merancang kerja ::

Rancang Dengan Apa Yang Ada Di Tangan
Bukan Yang Kita Angan-Angankan
Kita Membina Cita Dan Harapan
Bukan Mimpi Dan Igauan

Perancangan Perlu Diperhati
Agar Tertib Rapi Dan Teliti
Matlamat Dan Caranya Selari
Masa Pun Harus Diambil Kira

Puncak Mana Yang Mahu Didaki
Lurah Mana Yang Mahu Dituruni
Semuanya Telah Pun Terbukti
Pasti Rancangan Akan Berjaya

Tenaga dan Kemampuan Diperhitungkan
Berjuanglah Dalam Satu Barisan
Umpama Batu Teratur Menjulang Ke Awan
Itulah Tunggak Dalam Merancang

+ al Fatihah +


[1]Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2]Segala
puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3]Yang Maha
Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4]Yang
Menguasai pemerintahan hari Pembalasan hari Akhirat.
[5]Engkaulah sahaja yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon
pertolongan.
[6]Tunjukilah kami
jalan yang lurus.
[7]Iaitu
jalan orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula jalan orang yang sesat.

*mulia sungguh Ummul Kitab nih..hayatilah ia..jadikan ia perisai..moga akan menjadi pedoman dalam hidup ini..inilah tafsir dan ayat yg perlu kita dalami..dalam solat ini yg wajib.. tapi kalau kita cuba hayati dan telusi nya berkali-kali..inilah pedoman yg perlu kita pautkan..dalam menjalani kehidupan seharian kita..inilah doa yg perlu kita lampirkan.

Ayat yg memuji NYA..ayat yg meletakkan tauhid kita jua..memperakui keEsaanNya..kepadaNYA jua kita meminta pertolongan..ayat yg memperaku kita hamba yg lemah sentiasa inginkan panduan agar tidak sesat dan menyesatkan.

kalau hendak dikupaskan..pasti panjang lebar lagi dalil bersama sanad dan matan yg perlu dikaitkan..tetapi cukuplah secara asasnya..aku paste kan surah Al Fatihah ni untuk pedoman semua..hayatinya..

Thursday, September 15, 2005

+ aku tanpa cinta MU +

Aku Tanpa Cinta-Mu

Izzat:
Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku

Faizal:
Mengapa cintaMu tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana
Aku tanpa cintaMu
Bagai layang-layang terputus talinya

JayJay:
Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku

C/O: Masihkah ada sekelumit belas
Mengemis kasihMu Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar
Aku di sini kan tetap terus mencuba
Untuk beroleh cintaMu
Walau ranjaunya menusuk pedih




Lagu: Mujahid Abdul Wahab
Lirik: Mujahid Abdul Wahab

*zam..pueh hati..??



Wednesday, September 14, 2005

+ al Mulk :14 +

+ Hadis 56 - Sahih Bukhari +



Hadeeth No. 56 (Sahih Bukhari)
- Narrated Abu Huraira:

While the Prophet was saying something in a gathering, a Bedouin came and asked him, "When would the Hour (Doomsday) take place?" Allah's Apostle continued his talk, so some people said that Allah's Apostle had heard the question, but did not like what that Bedouin had asked. Some of them said that Allah's Apostle had not heard it. When the Prophet finished his speech, he said, "Where is the questioner, who enquired about the Hour (Doomsday)?" The Bedouin said, "I am here, O Allah's Apostle ." Then the Prophet said, "When honesty is lost, then wait for the Hour (Doomsday)." The Bedouin said, "How will that be lost?" The Prophet said, "When the power or authority comes in the hands of unfit persons, then wait for the Hour (Doomsday.)"

*bila akan datangnya hari pembalasan itu..?




Friday, September 09, 2005

...bicara itu..dan masa pun berlalu


“ku dambakan sayap agar tinggi ku teroka angkasa. Ku impikan sirip biar bisa ku renangi birunya lautan. Kerna Allah kurniakan ku sepasang kaki lalu ku atur langkah ke puncak cita tertingi..”

“tenang rasanya jika kafarah ku lalu membisakan diriku nyata menjadi sayap..sirip yg satu..teman langkah yg beribu agar tercipta segala kejayaan yg dicita

“tapi ku hanya punya kaki yg ku hayun langkahnya utk ku gapai cita. Jika rajawali yakin sayapnya, jika jerung angkuh dengan siripnya, maka aku punya hati yang dekat dgn TUHANKU”

“jangan tinggalkan aku tuk ketemu TUHAN mu bawa juga hati ku dekat pada Tuhan mu..moga kau ketemu Tuhan mu dan bisa menyedari aku ada disisi”

tak mungkin akan ku tinggalkan diri mu kerana TUHAN ku suka akan hamba Nya yang berusaha untuk mendekati NYA..serahkan jiwa dan iman mu seikhlas hati pada NYA hanya pada NYA”

*moga segala impian akan terlaksana..seiring menjadi Hamba Nya

CIRI-CIRI LELAKI PILIHAN WANITA


Sabda Rasulallah saw maksudnya:

“isteri adalah pemimpin di rumah suaminya dan bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya”

(HR:Ahmad, Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi)
*******
aku tersenyum..yang lain pula pasti membaca dengan tersengih dan berfikir-fikir..agak janggal pembukaan entry aku kali ni..no doubt..hadis kat atas tu aku quote dari page 53 buku karangan Habsah Md Nor tajuknya Rumah Idaman Syurga Impian.. hehe..buku ni hadiah daripada ukhti Suhana sempena harijadi aku yg lepas..THANKS..aduhai..the whole book cerita cane nak jadi isteri yg baik..huhu..tambah caner nak dapatkan keluarga yg di Redhai Allah..apa-apapun meh aku paste kat sini lagi info dalam buku ni yer..moga dapat buat pedoman pada semua..

******

CIRI-CIRI LELAKI PILIHAN WANITA


Berakal, berilmu, beriman dan beramal soleh

Mempunyai watak kepimpinan

Tinggi akhlak dan keperibadianya

Lemah lembut dengan isteri

Mencari nafkah daripada sumber yang HALAL

Sentiasa berlapang dada dan penjang pertimbangan

Sanggup membimbing isteri dan keluarga

Mampu mengawasi keselamatan dan keselesaan isteri dan keluarga

Memiliki peribadi yg boleh dijadikan teladan, seperti bercakap benar,baik akhlak terhadap isteri dan keluarga.

Pemaaf dan mudah minta maaf

Bersangka baik dengan pasangan hidupnya

Berterima kasih atas pengorbanan isteri

Istiqamah dalam melayani isteri

Bertolak ansur dengan isteri

Dihormati isteri tapi bukan digeruninya

Pandai bergurau dan ambil hati isteri



Thursday, September 08, 2005

::bingkisan buat SAHABAT::

merdeka..?bebas..?aku tak faham..mengapa kau katakan itu satu kebebasan andai kau masih rasa pedih di hati..mungkin utk meredhakan sesuatu itu mmg sgt berat kerana kau pernah melakar sejarah di situ..percayalah teman..segalanya ada penyelesaiannya..andai sejarah itu menggembirakan tetapi mengerikan..kau perlu akur pada ketentuan..mungkin kerana sekelumit kelalaian yg membuatkan kau berasa dlm keselesaan..menghayut kan dikau tuk melakar kejayaan seterusnya..Redhalah..

andai tuk yg kedua kalinya kau tak perlu tuk memenjarakan diri cuma..perlu ada batas dalam
segala langkahmu..peringatan dalam setiap hela nafasmu..begitu jua aku..peringatan buat diriku..kegagalan yg pernah aku tempuh dlm kejayaan yg aku lalaikan..patutkah aku salahkan pihak lain sedangkan aku sendiri yg hilang punca dek 'kemerdekaan' diri waktu itu.. sahabat..lihat andai kau kata kau "merdeka"..aku yg dlm situasi yg sama dgn mu..masih tak paham erti kebebasan itu..aku tak mahu jatuh buat kali kedua..cukup perit..kerana kaki yg mengheret aku ke gaung itu cukup berat bebannya tuk aku luruskan langkah ke medan perjuangan..aku perlu perjuangkan "kemerdekaan" ku ini..sahabat..berilah kekuatan pada ku...jangan biarkan aku hanyut lagi..jangan..aku perlu ciptakan kemerdekaan yg sebenar..sebagai Hamba NYA..

hati menangis lagi..sahabat maafkan aku..aku sedang berlari mengejar kekuatan..

*aku tak mahu kad matric aku jua di potong..aku sayangkan kad yg kedua tu biarlah ia dipotong 2 tahun lagi..
aini saya doakan awak berjaya di lapangan sana..doakan saya wak..saya x kuat..

Wednesday, September 07, 2005

14 at Nelayan Titiwangsa

this entry is just to saya thanks to my beloved friends..so korang enjoy la tengok muka korang sendiri yer..

aini - naem - nani

nani - wawa



che rod - cha - ita

musykil..muka remix, mila and lolond x der..yana jgn sedey ye nt hang mai la sini yer..alaa..malam tu pun ita je yg makan c fud lebeh..hehe..ita jgn mara aku tipu jer..in becoming besday nani and naem plak..alahai..naem dah umo 25 pun takut nak bawa kete oto..siap soh aku ajar plak..huhu sabo je la..ko tekan je pedal minyak masuk la D aku gerenti dari tambak johor sampai bukit kayu hitam ko akan selamat insyaAllah..che rod..hang ni kejap ada kejap ilang aku pun x tau la..aini..awak ok ke masuk maktab semula??all the best..to all my friends..

persahabatan..aku
sayangkan segala persahabatan yg aku ada..tak sanggup rasanya dalam usia ini aku
memutuskan mana-mana persahabatan yg aku ada kerana jelas itulah kelemahan yg
aku ada..aku minta tangan aku dipimpin ke jalan yang benar tapi aku pula yg
perlu memimpin..di saat aku memimpin..baru aku sedari pimpinan sahabat ku itu
ada kelebihan nya..itulah erti persahabatan..

Tuesday, September 06, 2005

+ come back

come back..

nice vocation..Alahamdulillah..kembara yg meringankan..syukur pada NYA
cuma banyak pula yg belum "merdeka" dalam diri aku ni..tak apalah..aku redha..segalanya mendebarkan..kadang rasa membebankan..mujur Allah masih beri kekuatan..dipagari sahabat-sahabat yg sentiasa tak ingin melihat aku dalam kesamaran..

kadang aku rasa ingin berlari..jauh..tapi tak mungkin kerana Bumi ini milik DIA..tak ada yg lebih berkuasa melainkan DIA..cuma aku boleh berusaha..menjauhkan diri dari segala prasangka..
kadang aku terfikir juga..sejauh mana orang lain berprasangka terhadap aku sedangkan mereka tak tahu apa yg sebenarnya berlaku pada diri aku..dan perlukah aku berprasangka pada mereka..
HUSNU ZAN..bersangka baiklah terhadap Tuhan mu nescaya dia akan memberi yg lebih baik buat mu..

waAllahu a'lam..