:.: My Notes - I Do It My Way :.:

"Dan sesungguhnya KAMI telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan KAMI lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya" Surah QAAF, Ayat 16

Tuesday, September 20, 2005

+ dari aku untuk aku +

Sesak..macam-macam perlu dikejar..kadang rasa diri dah terlambat..penat..bila kejar yang satu ni..yang satu ni pulak tak teliti di buatnya..maka sendiri rasa tak puas hati..tak kurang juga terasa diri sendiri di kejar..huhu..sapa yg mengejar..ajen insurans laa..ajen kredit kad laa..allaaa…x mo la…kan aku dah kata aku x mo..sibok gak offer produk diaorang tuh..puas aku tolak..nanti la nak buat solat istikharah dulu..manatau patut pulak..

Xper..susah-susah sangat pasni aku sendiri jadi ajen jual insurans..haha aku sendiri yg akan menjual bila ade je ajen lain bukak mulut nak jual hehe..tapi aku x mo la jadi ajen kredit kad…menyusahkan diri la pulak..

Anyway..banyak benda yg memerlukan perancangan sebenarnya..walaupun terasa diri jauh tertinggal bila mengejar..tapi aku tahu aku belum lagi ketinggalan..yg penting aku perlu merancang segala di depan mata ni dengan apa yg aku mempu..bukannya ikut cara sendiri tapi perlulah ada panduan yg hakiki..couse and effects..ni la yg selalu kita lupakan..jangan takut..jalan di depan belum suram..masih terang dengan cahaya Nya terpulang pada kita nak mengikutinya atau tidak harus diingat jalan di depan jua tak kan sepi dengan ujian..maka jangan pula mengeluh atas segala yg menimpa..cuma benteng iman je yg tak kuat..hidup perlulah diuruskan sebaiknya kerana inilah amanat Dia..

erm..macamana bila perancangan dah berjaya..?perlu ke di bangga kan…?nauzubillah..rasanya itu pun dari DIA jugak..apalah daya kita nak membangga sedangkan tanpa izin Nya belum pasti kita kan berjaya..

ini..hanya berkongsi tuk muhasabah diri..masih belum terlewat tuk membetulkan mana-mana yg masih belum ‘tertampal’..Sya’ban pun bakal meninggalkan kita dan marhaban pada Ramadhan yg bakal tiba..tazkir utk aku..dari aku..


:: merancang kerja ::

Rancang Dengan Apa Yang Ada Di Tangan
Bukan Yang Kita Angan-Angankan
Kita Membina Cita Dan Harapan
Bukan Mimpi Dan Igauan

Perancangan Perlu Diperhati
Agar Tertib Rapi Dan Teliti
Matlamat Dan Caranya Selari
Masa Pun Harus Diambil Kira

Puncak Mana Yang Mahu Didaki
Lurah Mana Yang Mahu Dituruni
Semuanya Telah Pun Terbukti
Pasti Rancangan Akan Berjaya

Tenaga dan Kemampuan Diperhitungkan
Berjuanglah Dalam Satu Barisan
Umpama Batu Teratur Menjulang Ke Awan
Itulah Tunggak Dalam Merancang

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home