:.: My Notes - I Do It My Way :.:

"Dan sesungguhnya KAMI telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan KAMI lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya" Surah QAAF, Ayat 16

Tuesday, September 20, 2005

+ al Fatihah +


[1]Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2]Segala
puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3]Yang Maha
Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4]Yang
Menguasai pemerintahan hari Pembalasan hari Akhirat.
[5]Engkaulah sahaja yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon
pertolongan.
[6]Tunjukilah kami
jalan yang lurus.
[7]Iaitu
jalan orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula jalan orang yang sesat.

*mulia sungguh Ummul Kitab nih..hayatilah ia..jadikan ia perisai..moga akan menjadi pedoman dalam hidup ini..inilah tafsir dan ayat yg perlu kita dalami..dalam solat ini yg wajib.. tapi kalau kita cuba hayati dan telusi nya berkali-kali..inilah pedoman yg perlu kita pautkan..dalam menjalani kehidupan seharian kita..inilah doa yg perlu kita lampirkan.

Ayat yg memuji NYA..ayat yg meletakkan tauhid kita jua..memperakui keEsaanNya..kepadaNYA jua kita meminta pertolongan..ayat yg memperaku kita hamba yg lemah sentiasa inginkan panduan agar tidak sesat dan menyesatkan.

kalau hendak dikupaskan..pasti panjang lebar lagi dalil bersama sanad dan matan yg perlu dikaitkan..tetapi cukuplah secara asasnya..aku paste kan surah Al Fatihah ni untuk pedoman semua..hayatinya..

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home