+ 2007 +
Selamat Tinggal 2006
365 hari jauh dah berlalu dan aku tinggalkan segalanya dengan pelbagai rasa, ujian dan pengalaman.
kegagalan, kejayaan, gembira, sedih semuanya muncul silih berganti dalam 2006
segalanya perlu diambil iktibar dan dikenang
Januari
jauh sudah meninggalkan aku
tapi dlm bulan itu aku diduga tuk menempatkan diri di bumi Allah yg agak asing bagi aku
tapi kini aku sudah ditetap di daerah ini
segalanya demi kerjaya dan tggjawab tugas
Februari
sedih, bulan ini meninggalkan kesan yg mendalam buat aku
cita-cita tuk menyambung di peringkat sarjana terpaksa aku lepaskan
MBA yg ingin aku capai terpaksa aku lupakan
ilmu yg aku sayangi terpaksa aku tinggalkan
mengapa?
terlalu banyak "cerita" nya di situ
yang pasti aku kalah dengan cabaran dan "peperangan" di sana
aku terlalu lemah, pencabarnya terlalu gah
itu semua alasan aku bila aku dok sekelas dengan 5 org CEO syarikat besar di Malaysia ini
Mac
dlm bulan ni aku mula merasa "asing dan rimas"
aku cuba kuat tuk orang lain tetapi aku kalah pada diri sendiri
aku mula mencari "kebebasan"
April
hah dlm bulan ni genap 2 tahun perkenalan yg tak terduga
walaupun pada zahirnya nampak bersahaja tapi batin yg terseksa
Alhamdulillah mungkin di situ sudah ada "kisah" yg ditulis
kerana nya aku kuat
Mei
aku mula mengasingkan diri
aku terlontar jauh dari teman-teman
aku jua melontarkan diri ku lebih jauh lagi
dengan satu jadual diri yg baru
aku "bebas" dan "gembira" tanpa sebarang kekangan
biar letih dgn rutin yg bermula jam 5 pagi, kembara 1 jam merentas 2 negeri
akhirnya aku gembira dengan rutin ini
dlm bulan ini jua ramai teman-teman yg telah mengikat tali pertunangan
aku tumpang gembira
Julai
aku secara rasminya bertapak di bumi yg satu ketika dulu aku rasakan asing
indah sungguh rupanya hidup ini
jelas kini baru aku sedari
segalanya punya cerita yg tersendiri
September
beginilah seorang hamba yg menjalankan ibadah puasa ditempat "orang"
Orang Jawa- tersenyum aku dengan sekeliling aku yg baru ini
Oktober
terima kasih buat dirimu
keikhlasan dan keberanian mu membuatkan aku rasa terharu
cuma diri ini yg masih byk perlu diperbaiki
begitu jua impian ku yg tinggi
November
Tahniah..tahniah
teman-teman ku sudah rasmi membina keluarga
Naem,Nani,Yati menyusul pula Yana & Mila
Disember
sekali lagi DISEMBER datang
cukup setahun aku cuba kenali diri aku sendiri
tahun depan aku tekad tuk berubah pada yg lebih baik
kerana ada lebih banyak "tugasan" yg perlu aku pikul
"tanggungjawab" yg perlu digalas
"kasih sayang" yang perlu di adili
"keluarga" yg perlu aku jaga
"ibubapa" yg perlu aku hormati
"seseorang " yg perlu ditaati
"keimanan" yg perlu aku perbaharui
KE-ESA-AN yg perlu aku AKUI
2007
akan aku tempuhi dengan debaran
aku mohon segalanya dlm lindungan dan keredhaan
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home