+ 5 jam di Hospital Selayang… +
27 Sept 2005
Pagi..
Murah rezeki aku pagi ni..atas meja ada Nasi lemak ayam yg Kak Ros belikan..sebelum memulakan tugas aku berkesempatan tuk bersarapan bersama Kak Ros dan Kak Has..belum separuhpun nasi lemak aku terusik aku melihat henset ada sms yg tak berapa best dari papa..alahai..sedih..sedih..aku bangun dari meja tinggalkan 2 orang secretary tu terpingga-pingga melihat gelagat aku..ishk..kurang sopannya aku..waa..aku nak nangis sbenarnya..
Walau apa pun isi sms papa,air mata aku dah turun dulu..
(murahnyer air mata sejak akhir-akhir ni) tak lama kemudian aku dapat lagi sms dari papa mengarahkan aku ke UNISEL tuk melihat adik yang agak kurang sihat..
ishk..dugaan sungguh..aku mengadap Kak Ros dan Kak Has..aku minta izin tuk pulang dan time off for half day, aku berterima kasih sangat pada mereka berdua atas keprihatinan mereka berdua terhadap aku situasi aku..
destinasi seterusnya UNISEL..kesiannya kat adik bongsu aku yg sorang ni dah lemah sangat dari 5 pagi dok muntah-muntah..kata gastric tapi dah kritikal ni..aku pulak perlu memikirkan kelas ganti yang perlu aku kejar pada petangnya (dah la Dr Nik yang ganti..Dr Unvar masih tak sedarkan diri di hospital..sayunya hati..teringat Sabtu pagi lepas aku melawat dia di PUSRAWI)
“Along jangan la balik dulu..teman la adik”
alahai adik aku nih..aku ada kelas la petang ni..nak lari ke UIA dari Btg Berjuntai ni bukan sekejap..
aku angguk jer..kesian kat dia..tak sampai hati pulak nak tinggalkan begitu jer..erm..akhirnya aku mengambil keputusan tuk membawanya bersama pulang ke KL at least tak susah aku nak monitor..
dalam perjalanan ke KL papa bertanyakan keadaan adik dan mencadangkan supaya masukkan adik ke hospital jika keadaan masih kritikal..
destinasi seterusnya Hospital Selayang..kesian adik terpaksa ditahan di ICU selama 5 jam sebelum aku bawa dia pulang ke Seremban..memandangkan dia telah kehilangan banyak air..Doktor terpaksa dripping..siannya..cucuk lagi kat tangan kecik dia tu tuk masukkan air..
antara sedar tak sedar hampir jam 11 malam baru adik terjaga dan merintih mahukan mama..iskh..sabar la..mujur tak perlu naik ambulan ke Hospital Seremban..
destinasi terakhir..rumah Seremban..
5 jam di Hospital Selayang cukup menyedarkan aku..betapa pentingnya kasih sayang, dengan kasih sayang sahaja dapat meredakan banyak perkara..lagi penting sesame keluarga dan orang yg rapat dengan kita..
pada “kekuatan” yg Allah bekalkan dan menemani aku..aku ucapkan Terima Kasih banyak-banyak..Allah jua yg dapat mengembalikannya pada mu..Ya Allah aku panjatkan kesyukuran ini..hanya pada MU..
2 Comments:
teringat dulu.. masa aku operate.. bila kluar dari dewan bedah.. mak aku tengah tunggu.. terharu giler aku.. nangis sebab terharu plus sakit sgt.. sebab baru lepas kena belah..
tapi sedih yang amat.. malamnye... mak aku tak dapat temankan aku..
aku dok jerit-jerit ~ nurse.. nursee... nak tekan button pun tak mampu.. sbb sakit sgt...
uuuuu...
memang kasih sayang bleh sembuhkan penyakit.. :)
ina..
betul tu ina..
moga Ramadhan ini dapat mengeratkan lagi siratulrahim antara kita semua keluarga kita dan dpt menjadi bulan menyemai kasih sayang juga..
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home