:.: My Notes - I Do It My Way :.:

"Dan sesungguhnya KAMI telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan KAMI lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya" Surah QAAF, Ayat 16

Thursday, October 27, 2005

+ Salam Aidil Fitri 1426 H +

Suasana Di Hari Raya
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira


Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa

( korus 1 )


Kuih dan muih beranika macam
Makanlah jangan hanya di pandang


Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi

( korus 2 )


Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman


Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak di beri


Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira
*Annuar & Ellina



:: di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Salam Aidil Fitri buat semua blogers frens of me..Abah, Ikoko, Nian, Vinter, Yna, Suri,Fiza dan sahabat-sahabat lain Wani, Asbat,Asma,Aini,Atok,Effa,Zarul,Zam,Mr Dobot and Abg Mr Dobot Mr Faizul and Mr Captain..to other viewers and readers..maaf semuanya..maaf if ada yg terguris hati tak puas hati dan apa saja catatan saya di sini yg menggusik kalian..yg baik jadikan panduan yg buruk jadikan sempadan..akhir kalam..Selamat Hari Raya..Maaf Zahir & Batin sambutlah dengan keinsafan dan kesederhanaan ::
Salam,
@bdeellah..

Wednesday, October 26, 2005

+ up siDe doWn +

upside down..aku tgk sume cam dah terbalik apa yg aku plan sumer dah x jadi..semua yg patut aku handle dgn baik tapi aku abaikan..sebab terlalu pentingkan diri sendiri ker?erm..mungkin..tapi aku mengaku salah aku semuanya kerana masih tak mampu nak handle apa yg terjadi dengan baik..lebih-lebih lagi bila ada pihak lain yg terbabit sama..






bestnya kalau dapat jadi cam dulu-dulu..masa kita kecik mak yg jaga bapa yg belikan memacam tapi la ni sumer kene buat sendiri..dulu kalau kita pecahkan pasu bunga umah jiran kita yg kene marah tapi mak juga yg gantikan..sekarang..dapat lagi kesemua tu..?dulu mak rotan kita sebab bila dah besar harapkan kita ingat apa yg patut dibuat dan apa yg tak patut so sekarang kene la beringat..dulu bapak jerit kat kita beri amaran supaya kita bertindak cepat kalau tak..tau la akibatnya..dulu kalau pereksa kat skolah dapat markah merah..kene marah..sekarang..?kene repeat subject...xkan la mak abah gak kene tanggung..ishk..dulu bapa buat kita nangis sebab kita takut kat dia..x patut sungguh kalau sekarang kita pula yg buat begitu pada dia..







bila saat ini..aku terpaksa menerima segala hukuman Nya atas kelemahan sendiri..aku perlu lebih matang tuk menghadapinya dan fikirkan apa yg terbaik..segala dlm tangan aku sendiri..cuma apa yg aku fikirkan sekarang..yg di depan masih jauh jalannya dan besar cabarannya..camana nih..??!awak..awak sanggup ke tengok bulan terbalik dengan saya camnih..sanggup ker..?maafkan saya..yer..bukan niat saya nak buat awak marah dengan sengaja sampai rosak mende tu..*aku gak yg susah pas nih..tapi saya sendiri tertekan..tapi sejujurnya..bukan itu niat saya..








p/s :saya rasa la..tengok bulan terbalik cam ni lagi best..kreatif sikit resultnya..so awak sanggup ke tak join sekali..?? *0*

*img thanks nataliedee.com

Tuesday, October 25, 2005

+ perihal lidah +

Lidah manusia bukan sahaja boleh mengungkapkan rasa syukur atas kebesaran Allah S.W.T., malah boleh disalahgunakan dengan pelbagai cara. Tanpa pancaran iman dan nilai etika, menurut Imam Ghazali, menerusi lidah akan berlakulah pendustaan (pembohongan), buruk sangka, permusuhan, fitnah, mencarut, mencela, mengutuk, pertelingkahan, mengumpat, melaknat dan membicarakan sesuatu dalam keadaan kesat, kasar dan penuh dengan kesombongan.

Islam menghubungkan akhlak dengan keimanan seseorang individu dan menganggap orang yang paling mulia akhlak itu adalah orang yang paling tinggi darjat keimanannya. Oleh itu tidaklah menjadi ketakjuban kepada kita bahawa adakalanya mereka yang berpura-pula alim kucing, di depan mata pijak semut pun tak mati, bila di belakang dialah merupakan yang terhandal sekali berbohong.

Allah berfirman dalam surah al-Hajj ayat 30 bermaksud:
"Hendaklah kita menjauhi perkataan-perkataan dusta."

Sikap suka berbohong bukan sahaja menimbulkan kemarahan orang yang mendengarnya, malah menimbulkan implikasi buruk kepada si pembohong itu sendiri.
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud:
"Tidak beriman seseorang itu dengan sempurna sehingga ditinggalkan pembohongan sama ada semasa senda gurau atau semasa bersengketa atau perbalahan."

Jelaslah betapa besarnya pengaruh lidah dalam kehidupan manusia. Manusia yang dapat mengawal lidahnya, tidak mengucapkan kata-kata yang boleh menyebabkan kemarahan orang lain, bukan sahaja disanjung malah dianggap mempunyai budi pekerti yang mulia. Manusia seperti ini disanjung tinggi sebagai yang beradab, bersopan dan jika tidak lagi bersama kita, jasanya akan tetap dikenang, perilakunya menjadi buah mulut masyarakat untuk dicontohi. Buah fikirannya akan tetap harum semerbak, malah menjadi bahan renungan yang mendalam, sebagaimana kita menghormati buah fikiran Buya Hamka, meskipun ditinggalkannya lebih setengah abad lalu.
Katanya:

"Sesekali bukan merdeka seseorang yang tidak menjaga kehormatan dan tidak tahu harga diri. Yang tidak mempertahankan pendirian yang timbul dari fikiran sendiri, dan akal yang telah menimbang buruk dan baik. Kalau bertemu suatu perkara yang berlawanan dengan akalnya, tidak juga dinyatakannya keyakinan, alamat kemerdekaannya telah hilang."

Demikian juga untuk mengenali ciri-ciri munafik ke atas seseorang ialah di mana bila bercakap ia berbohong.
Daripada Abdullah bin Amru bin Al-Aas bahawa Nabi s.a.w. bersabda bermaksud:
"Empat perkara yang menjadikannya seseorang itu munafik dan jika terdapat satu daripadanya maka ianya mempunyai ciri nifaq sehingga ditinggalkan iaitu apabila diberi kepercayaan dia khianati, bila bercakap dia bohong, bila berjanji dia mungkir, bila berkelahi dia kejam." (Riwayat Muttafaq Alaih)

Nabi Muhammad s.a.w. memberi amaran dalam dua buah hadith yang bermaksud:
"Seseorang hamba yang membicarakan sesuatu yang belum jelas baginya (hakikat dan akibatnya) akan dilempar ke neraka sejauh antara timur dan barat." (Riwayat Muslim)

"Seseorang yang sudah cukup disebut pendusta (pembohong) jika ia berbicara hanya atas dasar setiap apa yang ia dengar." (Riwayat Muslim)

Tutur kata yang benar dan baik perilaku akan memberikan kita kekuatan. Tanpanya menyebabkan kita akan hancur berkecai, sebagaimana hancurnya burung Phoenix dalam metos sejarah tamadun manusia sepanjang peradaban.
Daripada Muaz, katanya Rasulullah s.a.w. memegang tanganku sambil berjalan lalu bersabda bermaksud:
"Wahai Muaz! Aku wasiatkan kamu supaya bertaqwa kepada Allah dan bercakap benar, iaitu menepati janji, menunaikan amanah, meninggalkan khianat dan mengasihi anak-anak yatim, memelihara jiran tetangga, mengawal kemarahan dan lembut percakapan, menyebarkan salam dan taat setia terhadap pemimpin yang adil, bertafaqun memahami al-Quran, kasih akan akhirat, takut hari hisab, pendek angan-angan, baik amalan. Aku larang kamu daripada memaki hamun orang-orang Islam atau mempercayai pembohong atau mendustakan orang yang benar atau menderhakai Raja yang adil atau melakukan kerosakan di muka bumi. Wahai Muaz! "Ingatlah Allah pada setiap pokok dan batu, dan bertaubatlah setiap dosa yang sabit secara sulit, yang secara terang." (Riwayat Baihaqi)

Rasulullah s.a.w. pernah menghadapi dilema dan mengganggu perasaannya ketika menghadapi fitnah atau pembohongan golongan munafiq mengenai isterinya yang paling dicintai telah berbuat serong dengan sahabat Rasulullah s.a.w. yang masih muda bernama Safawan. Namun Allah Taala sendiri yang membersihkan 'Aisyah dari tuduhan yang hina itu melalui wahyu-Nya dalam surah an-Nur ayat 11 hingga 23.

"Inilah tipu daya dan kerosakan serta kejahatan yang datang dari golongan munafiq dalam mana-mana masyarakat dan adalah kewajipan untuk menjaga daripada kemudharatannya serta daripada fitnah dan pembohongan yang dilemparkan untuk memecahkan perpaduan umat Islam."

Segala tingkah laku, tutur kata sama ada yang terlafaz atau tidak merupakan keluhuran budi seseorang dan kerana itu segala yang benar-benar dilarang oleh Islam adalah bertujuan mengelak daripada berlakunya kerenggangan hubungan persaudaraan yang sepatutnya terjalin erat. Perlakuan buruk, yang tidak mengambil kira nilai budi bahasa dan peribadi mulia, akan memutuskan ikatan kasih sayang yang akhirnya menimbulkan kebencian di hati semua pihak.


*thanks for the e-mail..dah nak dekat 10 Ramadhan terakhir ni makin byk pulak e-mail yg menginsafkan datang memenuhi inbox aku..

Monday, October 24, 2005

+ 300 tahun Adam mengangis +

Tahukah kita semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu
daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat
kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.
Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis
lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi
Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa
ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap
sungguh air ini."
Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka
itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini
membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah
menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum
pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata

Thursday, October 20, 2005

+ me in box +

Apalah gambaran semasa yg bila orang lain tgk pick at bawah tu..cam pemalas je kan..dah masuk dlm kotak..harapkan kotak tu plak bawa kita berjalan sedangkan kotak tu hakikatnya tak berkaki yg berkaki kita semua..



Tapi..hari ni tak tau la…cam malas jer..kat luat hujan tak menentu..sebelum tu..Takziah pada PM atas pemergian isterinya ke Rahmatullah..kat Putrajaya tu sesak dgn orang ramai yg pergi berziarah..

2-3 hari ni ujan jer..ya Allah..ampunilah dosa kami semua dan berilah kami rahmat MU itu dan masukkan kami dalam golongan yg mensyukuri nikmat MU.. erm....caner ek..caner dgn projek aku yg mama cadangkan..insyaAllah akan aku laksanaka..moga DIA bagi aku kesempatan itu..

Wake up..wake up..tok leh memalas nih..kalau aku nak cipta kotak yg berkaki senang aku nak angkut aku berjalan pun aku kene berusaha dari sekarang..tetibe aku teringat kata Ust Zaidi Ramli (dari Jab Mufti NS) masa ceramah tadi..

“time poser ni kita tok leh bebankan org bawahan kita..ni utk bos laa..even ibubapa pun kalau nak minta anak tolon masa bulan poser ni kene cara berhikmah..tok leh la memarah anak tu kalo dia tertido penat..”

aa..dengar tuh..tetiba En Hishan, Director aku pun berkata “nanti bila dah jadi bos besar jangan la menganiaya orang bawahan” still in the same mode of advice.. so aku caner..asal lazy ek..??



*img thanks nataliedee.com

+ malam itu +

Mana sumer pegi ni..xkan xnak balik berbuka..aku da masak nih..ni la hasilnya…*sempat lagi aku captured lauk sambal sotong dan telur goreng campur kacang ni..ntah aku main baling dan cecampak je bembahan summer..janji aku masak..ishk ada sejam lagi nih..tetiba aku nmpk kacang pees and carrot so..aku ingat nak tambah lg 1 menu..maka jadilah sayur goreng campur berkicap..eheh..lagi 15 minit nak buka baru la nmpk btg idung sorang..peh tu 5 minit kemudian..sorang lagi…5 minit lepas bebuka baru la 2 org lagi sampai…kalo tak…masa captured lauk tu tadi aku pikir kalau 5 minit lagi kul 7 xde sapa yg balik nak aje aku bungkus masuk dlm bekas summer lauk dan nasi makan kat tempat lain…tapi balik pulak diorang..

Sementara menunggu azan..kesempatan diambil utk memanjatkan doa kemudian setelah meneguk air dan sebiji kurma..berhenti seketika dan berdoa lagi insyaAllah dlm bulan inilah Allah memurahkan lagi Rahmatnya pd kita semua..

Ketika mana berdoa;
Dari Abu Hurairah dari Nabi :Ada tiga hal yang tidak tertolak doa mereka : orangyang berpuasa hingga ia berbuka, dan imam yang adil, dan doa orang yang dizalimi.
(Hadits riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban)
Dan doa yang paling utama adalah doa Nabi yang mana beliau berdoa dengan doa ini ketika berbuka : Telah hilang haus dahaga, dan telah terbasahikerongkongan, dan telah tetap pahalanya insya Allah".
(Hadits riwayat Abu Daud,Baihaqi, dan hakim dll)


Tengok deorang ni makan aku jadi serba salah nak tambah..actually aku rasa lapar dan berselera gak nak makan tapi alahai..aku tengok asal depa lagi laju..so akupun senyum je la tgk nasi dlm periuk pun da bis..dan away dulu..korang makan je la..segan plak aku tengok cess

Memberi makanan orang yang berpuasa;

Rasulullah bersabda : Barangsiapa memberi buka puasa kepada orang yang sedang berpuasa maka ia mendapatkan pahala seperti pahalanya orang yangberpuasa dengan tidak mengurangi pahala orang berpuasa sedikitpun".
(Hadits riwayat Ahmad, Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ibnu Hibban dan menshahihkannyaTirmidzi).

sesudah solat maghrib..maka seisi rumah menuju ke masjid di belakang rumah untuk solat Isya' dan tarawih..wargh..dah mlm ke 16..


Ya Allah ampunilah aku serta Ahli keluarga ku serta semua yang aku sayangi..teman-teman dan sahabat ku

Wednesday, October 19, 2005

+ thank you +

argh..indahnya hidup..boleh just kata..yes and no..ye - tak..semudah seminit dua..bila kata no..hilanglah segalanya..

aku menganiaya perasaan orang ker...?atau aku yg teraniya..?
xpe la ALLAH lebih mengetahui..andai aku di pihak yg benar dan teraniaya..hanya doa yg aku pohon agar diberi petunjuk..andai aku yg menganiaya..maaf sudah aku pohonkan..(ishk da la bulan poser..doa org teraniya ni makbul tak gitu?)
tapi aku masih lagi rasa aku berada di pihak yg benar..nyesal..?tak la..kalau aku yg salah sorry a lots..tapi nih aku pula yg disalahkan semula..terima kasih..

bla..bla...bla...............bla....bla..bebel..bebel.......................................

..................................bla..............................................................

bebel...bla...................bla............bla........bebel.................................



mudahkan..?semudah apa yg difikirkan..ni la gayanya bercakap dengan org yg sombong..tak nak mengaku kesalahan sendiri..kalau dibiarkan ajer..?patut ker..? gigit..


*img thanks nataliedee.com

Tuesday, October 18, 2005

+ gerhana bulan +

Alhamdulillah..usai sudah berbuka dengan ayam gureng dan kentang gureng yg di pelbagaikan *ahaks..sure tau mana la aku berbuka macam x de umah jerk makan kat kedai..hehe..bukan sorang tapi bertiga..


Lepas solat maka kami pun pulang ke rumah..dlm kereta..tetiba nampak bulan..waa…mlm ni ek gerhana bulan..maka seisi kereta termasuk pemandunya..sibuk utk mengekori dan melihat bulan yg sepatutnya bulat penuh tapi tak penuh lebih kurang gini la bentuknya.. mulanya dilitupi awan..akhirnya kami dapat melihatnya dengan jelas...subhanallah..



Kali ni terjadinya dlm bulan Ramadhan lagi..Allah menunjukkan ke Esa an NYA..patut sungguh di insafi dan di dalami penghayatan dan kebesaran yg diperlihatkan itu..

Dan katakanlah,
"Segala puji bagi Allah, dia akan memperlihatkan kepadamu tanda-tanda kebesaran-Nya, maka kamu akan mengetahuinya. Dan Tuhanmu tiada lalai dari apa yang kamu kerjakan." (QS. An-Naml: 93)

Inilah kali kedua aku melihat gerhana..sungguh insaf…kerdilnya..kecilnya..kadang tak sedar diri nih hamba..

+ it's me +

In the Name Of Allah the Most Gracious and Most Merciful

Wargh…grrr…wake up..wake up..yeah..wake up and straight away moving from bedroom to bathroom..routine..then..i heard my roommate mumble..
“malas..malas pi keje” eheh..tapi bangun gak..cam terpaksa jer..
Lack of motivation..?? Unsatisfied..?? xtau nak kata apa..coz kadang aku pun berada dalam keadaan yg sama..



Kadang bila aku datang opis..aku lost.. (apa pulak taknyer..bila aku rasa x de keja..aku rasa busan..lelebih lagi aku kene buat sesuatu yg bukan dlm bidang dan mind setting aku..sangat la tak suka..actually I know..*like being said and bebel before..kalau dah nampak keadaaan tu ‘kacau’ jgn la ikut sama ‘meracau’ lagi best dlm keadaan meracau tu aku boleh plak tunding jari pada pihak yg mmg berkenaan..tapi hasilnya bila aku di hentam dgn persoalan.. “dah cuba buat ke?dah cuba ubah ke?tak cuba lagi tapi dah cakap yg bukan2”
ahaa…terima je ler tundingan jari tu semula..but now I realized ‘I gotta power’ mean..kita je yg mampu merubah segala atas izin NYA..

Perkara ini dijelaskan melalui firman Allah bermaksud :
“Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum hingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” (Surah ar-Ra'd, ayat 11)

I got to bear in mind also yg Allah pasti akan membalas segalanya sejajar dgn apa yg telah kita usahakan..*ayoo…result kuar next week…ishk ingatkan lepas raya..x pe la..aku redha je dgn segala ketentuan..dan aku jua perlu lebih berusaha tuk merubahnya..

Allah berfirman bermaksud: “
Sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya.” (Surah Al-Najm ayat 39).

Tapi apa pun aku rasa..aku kene bersedia..bersedia untuk segala obstacle kat depan..

Cam ni ler hehehe




Tetibe segala lipatan cita-cita aku kembali merungkai pagi 14 Ramadhan nih…nape aku kene keje?? Nape aku rajin sangat sambung studi?? Apa cecita aku dulu..kini..selamanya..ahaks..

Aduhai…1 jawapan yg aku nampak sgt depan mata..mama dan papa..sedih je rasa..aku sampai tahap ni pun merekalah yang menjayakan…aku pikir..sumer orang pun kalau jejauh pun larikan cita-cita tu sure mesti fikirkan semula jasa mereka tu..

*img thanks nataliedee.com

Sunday, October 16, 2005

+ uncle fever..visit me +

argh..serik..serik..aritu..cousin infection datang melawat perut aku bersama mr gastric..(effa!cam ayat awak lak)now..uncle fever plak come to visit me..



pelik..tapi mungkin la ada kaitan dengan entry sebelum nih..aku sibuk minta pertolongan..tapi sampai demam plak aku minta pertolongan tu ek..tapi mungkin juga..aku terlalu sabar sampai lupa nak lepaskan apa yg sepatutnya aku lepaskan..

alhamdulillah..Allah Maha Adil..aku terima semua.. ni la kafarah bulan poser aku..

yg penting aku tak susahkan org lain...aku sendiri pelik..Allah berikan aku kekuatan dalm keadaan separa sedar tuk balik ke Seremban memandu sendiri dgn keadaan mata yg berair-air..selsema dan batuk memanjang..syukur la aku sampai jua ke pangkuan ma n pa..sampai umah aku terus tetido dengan tudung di kepala..mmg dah x larat sgt..sampai ma kejutkan tuk solat zuhur di akhir waktu..baru la aku agak sedar.. alhamdulillah aku still berpuasa..




ok...i'm getting better now..and start working and playing as ussual..hehe


*img thanks nataliedee.com

Thursday, October 13, 2005

+ poor me +



help me...hahaha
*img thanks nataliedee.com

+ same name +

last tuesday ireceived an e-mal from him..yesterday and today...woucchh...walla..why..??
only..only because of my nick go same with his real name..Rahman Abdillah..so no doubt..he was wonder i'm a gurl with a guy name..hehe..just a nick don't be too supprise..
he got my name while searching in Googles..hahaha

anyhow..this is his new blog and he is a Javanise that still studying in a college..
------>http://rahman-abdillah.blogspot.com but still under construction..

Wednesday, October 12, 2005

+ the words that still hanging +

anYbodY hAppy to seE me liKe tHis...?
wiLL yOu be hapPy tO seE me aCting liKe tHis...?


...sure there will be..somebody that happy to see it became like this...

*img thanks nataliedee.com

+ finally the killer paper finished +

alhamdulillah..finally..i can sleep better..but the numbers still crunching in my head..warszzgh..nite mare to me..wargh..it sound so bad but i run it smoothly..even the day before i feel so moody and pressure towards my abnormal..environment...
fuh...tahan..tahan...ni poser nih...dah tu nak exam plak..tak kan nak "declare war" merata tempat huhu...sabar...sabar..
apakah....

sekeliling yang mencabar...??
segalanya yg mencabar...sengaja di cabar..??
x pe diam je dulu..tapi..nanti bila dah sampai point of the 'BEP'..hahaha tau ler..
rugi dulu sakit dulu...tapi bila dah sampai point untung...then....


ahaks macam topik dalam exam plak..

at the exam day...5 minutes before iftar time still..holding notes and text book..in front of a burger..only a burger and a bottle of mineral water for iftar..alhamdulillah..it holds my stomach until 11.30...waaa..dah lapar...then..roti again...so sad..uhuks..
(tapi syukur la..time ni la nak ingat kat orang yg mmg miskin..mmg x de makanan nak makan..kita..makan..roti kosong pun..jenama Gardenia..Hi 5 dan yg sewaktu dengannya)

exam..pretty smooth..3 hours..crunching with the numbers..variances and ratios..
finally..done..

Monday, October 10, 2005

+ speak loud +

.......wanna speak loud..







































but nothing come out.....

Friday, October 07, 2005

+ kenangan Ramadhan +

Ramadhan datang lagi mengimbau kenangan mula-mula pose kat asrama dulu..masa tu ingat lagi tahun 1993 baru form one..(sebenarnya aku tak suka dok asrama masa tu…x suka..x suka walaupun kawan baik aku since sekolah rendah..sekolah agama gak masa tu tapi ‘missionary’ ler hehe Nik Shara ada sama..mana tah dia sekarang) masa mula-mula dok asrama masa tu la belajar basuh pakaian sendiri..rasanya bukan basuh dengan sabun tapi dengan air mata bila teringat kat rumah basuh masuk mesin..huhu kesian kat aku masa tu hehe lucupun ada..boleh dikatakan tiap perkara yg aku buat summer dgn air mata termasuklah minggu pertama dalam kelas..sungguh teruk..

Tapi yang bestnya bulan Ramadhan masa kat sekolah..Ya Allah nikmatnya..masa tu la aku belajar turun tarawih tiap malam..seronok..dapat pulak yg jadi imam tu senior-senior yg dihormati dan diminati kekeke..lucu..lucu..


*tapi ni bukan sekolah aku..pinjam image je

Bila bersahur..seawal 4.30 pagi loceng dari dewan makan puteri membingitkan telinga..waa akak ‘bulat’ yg senduk-senduk nasi kat dewan makan tu dah bunyikan loceng..maka kedengaranlah pula bunyi lori kecil hijau yang menghantar makanan turun dari dapur asrama putera..tray-tray juga kedengan berlaga-laga apabila memasing sibuk membariskan diri tuk bersahur..uhuks..bila dah beratur amik makanan..maka..barulah sedar dari mimpi malam…huhu..lauk kuahnya cair..waa…telur ‘toyol’ sama kuah kari cair lupa letak santan..ikan ‘jaket’ a.k.a tongkol masak asam tawar huhu..menetes lagi air mata bila time sahur..apa ni makcik…!!ni nak bagi sapa makan ni..kucin yg bersepah ni pun x lalu nak ‘bersahur’..

Tapi..(tapi lagi) masa berbuka lah masa yg sungguh dinanti-nanti oleh semua..huhu semangat-semangat…time berbuka hidangan disediakan bergilir dari form 1 sampai la form 5 ke upper 6..maknanya kalau hari Isnin form one esoknya form 2..best..aku suka time sediakan berbuka nih..lauk pun best..ble kata tiap ari ayam..nyam nyam..kalau ada orang sedekah tuh..biasanya PIBG la..sure kami dapat ice cream ‘conetto’ sorang satu..

lagi best..dah nak dekat-dekat buka tu..ada la dedication dari pelajar-pelajar kepada sahabat handai kat asrama tu ( yg dikelolakan oleh jawatankuasa asrama..ucapan berbuka..berhari raya dan lagu nasyid yg sewaktu dengannya)..tapi yg harunya..mak ayah kat kampong yg tak dengar pun dapat ucapan sama..apa daa… Bestnyer..teringat sangat masa berpose masa kat skolah dulu..dari form one sampai la form five..aku menikmati situasi ni dah la kat sekolah yang sama..hehe..

*aku rindu zaman tuh..

+ pembuka selera +

Alhamdulillah setelah 6 hari aku tak sentuh nasi ( mmg tak leh masuk ) sejak aku dapat infection dalam perut akhirnya...inilah yg berjaya buat perut aku normal semula..semalam aku berbuka dengan ini..

Tuesday, October 04, 2005

+ Marhaban ya Ramadhan +

" Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semuga kamu menjadi orang yang bertakwa."
Surah Al Baqarah, ayat 183

-------------------------------------------------------------------


Ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:



"Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."

********

*Special dedication to all my Muslim friends and viewers..Marhaban ya Ramadhan..kullu 'amin wa antum bil khair..maaf atas segala salah silap..segala yg terkasar bahasa terusik hati dan perasaan..harap di maafkan..bersamalah merebut magfirah di bulan barakah ini..

+ recovering +

Alhamdulillah..setelah 4 hari aku bergelung dengan kesakitan yg munculnya jarang-jarang sekali dlm setahun....acid dlm perut aku kembali merembes banyak..tambah teruk lagi kali ni ‘infection’ aduhai..serik..serik..

Thanks pada yg sudi bertanya khabar..alhamdulillah..hope a new day will bring a new hope and brighter victory to all of us..