erm..rasanya bila sebut Ayah Pin ni..bukan la cerita yang baru malah sebelum ni pun aku pernah terbaca artikel yang didedahkan oleh The Edge tentang Ayah Pin,panjang lebar artikel tu hinggakan aku agak teruja membacanya (lagi best sebab artikel tu dalam BM mungkin tak nak hilang mood or keaslian masa temuramah dengan Ayah Pin tu kot) siap dengan gambar plak tu..
sebenarnya..apa yg membuatkan aku lebih teruja tuk menulis di sini ialah setelah membaca tentang pencerohan di perkampungan 'kerajaan langit' Ayah Pin semalam..
apa agaknya yang anda semua fikirkan?mengapa agaknya wujud kerajaan ayah pin nih?kalau nak dibilang dan dikira ada banyak lagi kumpulan ajaran sesat yang wujud di negara kita nih..
ajaran sesat..itulah yang aku klasifikasikan ttg kumpulan ayah pin nih..tapi pelik..kenapa cerita tentang kumpulan ayah pin ni dah meletup tapi pihak berkuasa masih ter'sedak-sedak' tuk bertindak..hinggakan ada pulak pihak lain yang 'meletup'kan tempat itu dahulu?
dulu aku sendiri pernah melihat..sebuah kumpulan ajaran sesat secara tak lansung walaupun ketika itu aku masih kecil belum mampu tuk berfikir secara mendalam tetapi waktu itu aku mampu memikirkan ada yang tidak kene pada situasi itu.
ingin aku dedahkan..kumpulan itu secara umumnya..mengumpulkan pengikutnya dan akhirnya memutar belitkan ahli-ahli yang lain hanya untuk mendapatkan duit..mudah sungguh si ketua untuk mendapatkan duit..apa yang membuatkan pengikut begitu setia pada si ketua..hanya pabila si ketua kononnya dapat membantu si pengikut menyelesaikan masalah dengan 'ajaib' kemudian di kuatkan lagi dengan 'zikir-zikir' si ketua yang si pengikutnya sendiri kurang menyelidikinya..bila kua tanya mama..mama kata itu ajaran sesat..masa tu aku rasa macam badan aku menggeletar jer..
entahlah..itu sahaja yang aku ingat..sekarang..aku pun dah tak follow up pasal tu lagi..
ayah pin pulak..?aku tak tahu nak komen macamana..sebab agak unik gak kisah ni
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan terapung-apung di antara langit dan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda kekuasaan-Nya, bagi kaum yang berakal fikiran.
[al Baqarah:164]
*ayat ni penting bagi orang yang berakal dan beriman tuk melihat akan wujud nya pencipta kita dan kita hanya hamba NYA