:.: My Notes - I Do It My Way :.:

"Dan sesungguhnya KAMI telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan KAMI lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya" Surah QAAF, Ayat 16

Monday, July 18, 2005

h I d U p



hidup..kadang terasa hidup ni perit sangat walaupun luarannya nampak cantik dan aman sangat..tapi betapa hiruk - pikuk dan kacaunya di dalam..susah tuk dilihat mata kasar setiap orang apa yang diri kita sendiri alami.

hidup menyaksikan aku kepada..bila masanya hidup aku adakalanya dicemari dengan kenyataan pihak lain tanpa aku diberi peluang tuk menjelaskan kedudukan di pihak aku..
hidup juga melihatkan aku kepada..bila masanya aku terpaksa mendahului kenyataan daripada pihak lain hinggakan mereka terasa terhimpit dengan kenyataan yang aku padatkan..
adil ke..?!
sudahnya aku berlalu dengan sarat dan kusut di kepala yang perlu di huraikan..
bila terpandang akan keadaan..mata mula meminta agar diberi satu pengertian..
mungkin belum di izinkan..takdirnya aku berlalu dengan simpulan persoalan pula..

hidup aku..ingin membahagiakan semua pihak..hinggakan aku sendiri terhimpit dek suasana yang aku sendiri lukiskan..
adakalanya aku terpaksa mengecewakan pihak yang tak sepatutnya..semuanya dek himpitan keadaan..

*p/s:
to Haryati..all the best..selamat melangkah ke bumi Sarawak..saya doakan awak tabah dengan kehidupan di sana..inilah kehidupan..awak pilih jalan yang itu..moga awak akan bahagia dengan kehidupan yang awak pilih..kerana awak sendiri dah merasakan dan melihat pelbagai rencah dan warna dalam kehidupan awak :)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home