(ini sambungan dari artikel kat page Nian)
*untuk makluman part I ada kat sini, di page Nian
sambungan..untuk part II
Dalam tulisan yg terdahulu, saya ada menyatakan apa yg perlu ibubapa lakukan pada anak-anaknya jika mereka melakukan kesalahan. Mereka pada saya tidak patut dihukum membuta tuli tetapi berikan mereka impak yang lebih berkesan agar mereka kekal mengingati impak dari kesalahan mereka itu daripada menghukum mereka secara fizikal. (dulu sayapun pernah dilibas dengan tali pinggang…saya pun tak pasti mengapa perlu dihukum begitu..tetapi saya pasti waktu tu saya degil sangat..tak mahu dengar kata.. sekecil 5 tahun saya panjat pokok mangga belakang rumah dan bermain berudu di lopak besar dalam kebun..mana la parents tak marah..bagi warning tak mahu dengar..natijahnya..libas ajer ler..) tapi waktu tu..tidak la dikira penderaan kerana selepas mendapat habuan dari bapa saya..(sakit..merah-merah betis..) malam tu dia akan kembali pada saya dan menyapukan ubat panas dan menasihati saya dan memberikan pengajaran mengapa saya di pukul dan apa bahayanya saya pergi bermain di kebun..itulah bapa saya..
Sekarang..ada lagi ke ibubapa yang sekian sibuknya (kedua ibubapa saya juga bekerja..sebab tu la kadang – kala saya terbiar dan boleh lari bermain hingga masuk kebun..sungguh lasak) mampu melihat anaknya, mengawal mereka dari jauh dan jauh lagi disebalik kecanggihan alam IT ini..(mujur dahulu saya membesar di zaman ibu saya sahaja yang pandai menggunakan computer dlm rumah tu pada awal 80 an..kalau seawal 5 tahun itu saya juga celik IT..dah pasti lagi pening ibu perlu memantau saya yg degil dan lasak ketika itu)
Nah ‘dalil’ nya mengapa anak muda kini terlalu bebas dan lebih liar..tak salah jika saya katakan puncanya dari didikan juga..andai saya pernah dilibas dengan tali pinggang mungkin di zaman yg lebih moden ini mereka tidak..
Pernah seoarang ‘adik’perempuan ini mengadu pada saya..dia tidak mendapat perhatian dan kasih saying yg sewajarnya dari ibubapa dan keluarganya (jangankan dibelai..dipukulpun tidak)..dia tiada tempat mengadu..maka dua hari bersamanya di sebuah sekolah di Lembah Klang ini..dia cuba menarik perhatian saya..Alhamdulillah,walaupun tak byk yg mampu saya berikan tetapi sy bersyukur kerana diberi peluang tuk mencermin diri..
Kata dia, jam 1 ke 3 pagi, ibunya sendiri tak pernah bertanya kemana dia bersama motor besar jejaka itu..bapanya pula..dah lama sungguh tak menghulurkan nafkah yg sepatutnya..kesempitannya..tak siapa tahu..kerana jampersekolahannya..dia perlu tampil hebat di kalangan rakan sebayanya..kegiatan yg ‘lali’ bagi dirinya itu membuatkan dia lebih seronok pula..
Nah..fikirkan lah..senario yang selayaknya memang reality kehidupan ini..Kuala Lumpur..? Malaysia..? Islam Hadhari..? Bagaimana?
*bersambung..
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home