:.: My Notes - I Do It My Way :.:

"Dan sesungguhnya KAMI telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan KAMI lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya" Surah QAAF, Ayat 16

Wednesday, June 22, 2005

.::aku mula merokok..

Aku merokok??
YA..aku dah tak tahan tapi aku juga bukan ketagih..tapi aku tak boleh lari dari asap rokok ni..pejabat kini menjadi satu tempat yg agak tensen bagi aku maka..tiap pagi setibanya aku di pejabat aku akan dihidangkan dengan sajian asap yang melemaskan itu..yang pada hakikatnya memang aku tak minta..itu la..
Walaupun tidak dari segi perbuatan tapi YA dari segi istilah..aku ni..
'perokok sekunder'
aku lemas betul dengan asap rokok yang tak diundang ni..habis pedih hidung aku..bersin-bersin..mata merah..ni sumer kesan jangka pendek..tapi kesan jangka panjang nya..aku boleh jadi orang yang mati dulu daripada si perokok tu sendiri..
(kene siap sedia ni..walaupun kita tahu ajal maut tu di tangan NYA..tapi mengingati mati tu sunat)
sapa nak bertanggungjawab ni...?!

paperpun cuba baca perikan yg aku amik dari portal kesihatan ni..mengenai bahaya jadi perokok sekunder nih..!!sedihnya aku...


BAHAYA ASAP SEKUNDER
Golongan yang tidak merokok turut menghadapi kesan penggunaan tembakau. Mereka adalah tertakluk kepada asap rokok sekunder, yang merupakan kombinasi asap daripada tembakau yang dibakar dan asap yang dihembus oleh perokok.Asap rokok sekunder mengandungi beribu-ribu bahan kimia yang boleh mengancam dan membunuh golongan bukan perokok. Kesan segara asap rokok sekunder ke atas kesihatan termasuk menganggu mata, hidung, kerongkong dan paru-paru. Orang yang tidak merokok secara umumnya lebih sensitif terhadap kesan toksik asap tembakau dan mungkin mengalami sakit kepala, rasa loya dan pening.Bagi penghidap asma, asap tembakau boleh menyebabkan bahaya serta-merta dengan merangsangkan serangan. Majoriti daripada penghidap asma yang terdedah kepada asap rokok sekunder melaporkan simptom yang meliputi kurang selesa ke distres akut.Asap rokok sekunder juga menyebabkan kerosakan kesihatan jangka panjang. Ia meletakkan stres berlebihan terhadap jantung golongan bukan perokok, mengganggu keupayaan tubuh untuk menyerap dan menggunakan oksigen. Selepas pendedahan yang bertahun-tahun lamanya, golongan bukan perokok mengalami risiko kanser dan penyakit jantung yang lebih tinggi.Buktinya telahpun didapati. Marilah kita mengambil tindakan untuk melindungi keluarga kita.


*tapi ramai lagi yg tak sedar..

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home