:.: My Notes - I Do It My Way :.:

"Dan sesungguhnya KAMI telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan KAMI lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya" Surah QAAF, Ayat 16

Wednesday, March 30, 2005

[roses for me]

(condition : "macam org gile")
i got no idea why should i received it?
i got no idea why the roses was sent to me..



anyway thanks for the roses..but i do not comfortable to what you have done to me
thanks..
its hard for me to accept your forgiveness..hard for me to forgive you..

kesian kat bunga ni..tak bersalah..yg bersalah orangnya

.::overwork

[condition : "screwed up" ]

what should i do..?

my boss is going to leave me..
i'm only one to decide the whole unit task..

does it stress me up?
mana tak nyer..
dah la selama ni aku dah cover 2 position above me..
so..
when my bos out from his post..
aku aje la yg ganti kalau gitu..
tak payah la nak cari 2 org lagi atas aku..
because..
after this pun they will refer back to me..
apa nih..?

ya ALLAH berilah aku kekuatan..

KISAH CINTA

Assalamualaikum...

Kisah Cinta..
buat renungan semua..

untuk para sahabat sekalian, marilah kita renungi
cerita ini bersama-sama.

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar
cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan
Rasul-Nya.Pagi itu,walaupun langit telah mulai
menguning,burung-burung gurun enggan mengepakkan
sayap.Pagi itu,Rasulullah
dengan suara terbatas memberikan khutbah,

"Wahai umatku,kita semua ada dalam kekuasaan
Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah
kepada-Nya.Kuwariskan dua perkara pada kalian,Al
Qur'an dan sunnahku.Barang siapa mencintai
sunnahku,bererti mencintai aku dan kelak orang-orang
yang mencintaiku,akan masuk syurga bersama-sama aku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata
Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap
sahabatnya satu persatu.Saidina Abu Bakar as SiddiQ
menatap mata itu dengan berkaca-kaca,Saidina Umar
al-Khattab dadanya naik turun menahan nafas dan
tangisnya.Saidina Usman bin Affan menghela nafas
panjang dan Saidina Ali b ABi Talib menundukkan
kepalanya dalam-dalam.Isyarat itu telah
datang,saatnya sudah tiba.

"Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati
semua sahabat kala itu.

Manusia tercinta itu hampir selesai menunaikan
tugasnya di dunia.Tanda-tanda itu semakin kuat,tatkala
Saidina Ali dan Saidina Fadhal dengan cergas menangkap
Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun
dari mimbar.Disaat itu,kalau mampu,seluruh sahabat
yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi,tapi pintu rumah Rasulullah masih
tertutup.Sedang didalamnya,Rasulullah sedang terbaring
lemah dengan keningnya yang berkeringat dan
membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang
berseru mengucapkan salam.

"Bolehkah saya masuk?" tanyanya.

Tapi Fatimah tidak mengizinkannya
masuk,"Maafkanlah,ayahku sedang demam," kata
Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata
sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,
"Siapakah itu wahai anakku?"

"Tak tahulah ayahku,orang sepertinya baru sekali ini
aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.

Lalu,Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan
yang menggetarkan.Seolah-olah bahagian demi bahagian
wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah,dialah yang menghapuskan kenikmatan
sementara,dialah yang memisahkan pertemuan di
dunia.Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah
pun menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri,tapi Rasulullah
menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama
menyertainya.Kemudian dipanggilah Jibril yang
sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia
menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril,jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?"
Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

"Pintu-pintu langit telah terbuka,para malaikat telah
menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti
kedatanganmu," kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah
lega,matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya
Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib
umatku kelak?"

"Jangan khawatir,wahai Rasul Allah,aku pernah
mendengar Allah berfirman kepadaku:

'Kuharamkan syurga bagi siapa saja,kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat,saatnya Izrail melakukan
tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik.Nampak seluruh
tubuh Rasulullah bersimbah peluh,urat-urat
lehernya menegang.

"Jibril,betapa sakit sakaratul maut ini."Perlahan
Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam,Ali yang di
sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril
memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku,hingga kau palingkan wajahmu
Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar
wahyu itu.

"Siapakah yang sanggup,melihat kekasih Allah direnggut
ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik,kerana
sakit yang tidak tertahankan lagi.

"Ya Allah,dahsyat nian maut ini,timpakan saja semua
siksa maut ini kepadaku,jangan pada umatku."

Badan Rasulullah mulai dingin,kaki dan dadanya sudah
tidak bergerak lagi.Bibirnya bergetar seakan hendak
membisikkan sesuatu, Saidina Ali segera mendekatkan
telinganya.

"Uusiikum bis salati,wa maa malakat aimanukum,
peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di
antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar
bersahutan,sahabat saling berpelukan.Saidatina Fatimah az-Zahra'
menutupkan tangan di wajahnya, dan Saidina
Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah
yang mulai kebiruan.

"Ummatii,ummatii,ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku"


Dan,berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi
sinaran itu. Kini,mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma solli 'ala Muhammad wabaarik
wa salim 'alaihi.Betapa cintanya Rasulullah kepada
kita.

Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar
timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan
RasulNya,seperti Allah dan Rasulnya mencintai
kita.Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah
fana belaka...
Wallahu A'lam...

Wassalamualaikum.

*somebody forward this mail to me..thanks
moga beri manfaat pada semua

Tuesday, March 29, 2005

.::STRESS UP!!!!!

>>>>presentation


::saturday - 260305 - economic cafe

nearly 11..baru away from uia..
MCR class..drag u sto 7 pm..
outside..raining..
alahai...lepas ni discussion lagi..tomorrow presentation ACC..

"fuzzy accounting"
:( ni la topic yg susah sgt(actually the whole accounting is nitemare to me)
tapi..usaha la jugak..my kakak jepun (nor hafiza) and kakak new zealand (hafizah)
(my group mates both of them graduated from jappan n new zealand)
dah get ready..but me..i'm too tired..so tired..
sedihnya..ALLAh bagi masa+otak soh planning tp aku..
fail..
masih gagal nak planing..
the discussion drag us..till kakak jepun mata dah merah..baru la rasa nak stop
i'm too woried n tense about da presentation..
coz i can't clear up my mind with thaht topic..risaunya..sendiri x 100% faham so hows other could faham..??

i think now..i'm starting to get stress again..
perut dah start gastrix
eyes dah start merah
my sleep is not well..x nyenyak..
kejap-kejap bangun belek buku

Ya ALLAH..
zalimnya aku..pada diri sendiri :(
ma..pa..i'm so sorry to make both of you worried about me..


::sunday - 270305 - presentation lab 1

presentation --------> FAILED!!!!!!!

i failed to manage it...!
Dr Nik...
please do not put me in the waiting list to repeat the subject...
please..:(
alahai sedihnya..
salah aku jugak..
gagal bersedia adalah bersedia tuk gagal
teruk nya my presentation..
muka merah..blushing...teruk..
rasanya tambah lagi 3 minit kat depan kelas tu aku nangis laa...
syukur la aku tak nangis..
waa..that is the reality
when the youngest..are unprepared to be demand by the senior..
teruk..teruk..

i feel..depress..i feel down^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^




Saturday, March 26, 2005

.::sup cendawan


ni la pic terakhir yg sempat aku captured before aku jual cybershot aku pada papa..maklum la..nak study semmula..ni jugak la kali terakhir aku out dengan adik-adik aku..bawa merekakeluar makan..belanja pizza..kesian kat depa..dah lama aku tak balik rumah..jangan kan pizza..roti canaipun aku dah lama tak belikan tuk family aku..sedihnya..tapi apa kan daya..aku sendiripun dah lama tak makan roti canai..

study + working..

memang memerlukan kesabaran..kekuatan..keimanan..kesungguhan..pengorbanan yg sangat besar sekali..dulu boleh selalu balik kampung..jumpa ma..pa..adik..now..even aku balik rumah..kekawan serumahpun aku dah jarang tegur..depa pun takut and serba-salah tengok muka aku..serba tak kene..maaf..salah aku juga tu..aku mengaku..
semalam..lewat 7 petang baru aku keluar dari pejabat..sempat chating dengan nahwanz..buat teman sementaranak cukupkan masa..thanks

pantas menuju ke stesen lrt untuk ke KL Sentral..kak fiza one of my group discussion untuk presentation Managerial Accounting minggu ni dah tungguagak lambat aku sampai..sampai di KL Sentral..terus ke surau tuk solat Maghrib
"eh..maghrib dah masuk?" tegur sorang minah lengkap berbaju kurung hitam bunga merah dan bertudung merah*sama la ngan kaler bunga baju dia tuhaku x sempat menjawab..cuma tgk jam..kemudian menoleh ke arahnya semula.."eh macam kenal" dia bersuara semula..aku kira jemaah dalam surau tu semua dengar.."wei ko.."hehehe..sudahnya pecah gelak besar...Liza Khalid..one of my skool mate masa kat SHAMS dulu..penah pulak dok sebilik masa form 3..sekelas dari form 1-3..haha..Liza..tak berubah..alhamdulillah..ada gak member lama yg cam muka aku..padahal aku dah x cam dia buat pertama kali tadi..masyaALLAh..bising nya kami hingga kene tegur...aduhai..maaf..kami ni dah lama sesangat tak jumpa lebih 8 tahun..sampai x terfikir pasal jemaah dlm surau tu..macam2 cerita keluar..habis Liza senaraikan kawan2 kami yg dah kawin dan sebagainya..memang tak berubah betul dia..cuma aku..agak penat..otak pulak dah mula memikirkan topik perbincangan lepas nih..akhirnya..kami bertukar nombor..cam biser ler..kalo rajin nt aku call la ko ye Liza..huh..teruk la aku sekarang..

lepas solat terus aku naik ke food court KL Sentral dan terus menyiapkan presentation
hampir jam 10 baru selesai..
sampai rumah..
dah penat..
tapi..
aku sempat tersenyum pada semua teman serumah aku..
lagipun depa siap tinggalkan lauk ayam masak kicap tuk aku..
thanks korang..kadang korang ni buat aku "hangin" je
tapi aku tau..korang cuba 'jaga' aku..

itulah...
sesuatu yg tak kita jangka..
kawan lama bertemu semula..
indah sungguh ukhwah yang ALLAh ciptakan tuk kita semua..andai ukhwah yg kita bina berlandaskan pd NYA
insyaALLAH kita akn bertemu semula kerana NYA juga..
indahnya ciptaan ALLAH..
maka..
wajiblah bagi kita tuk sentiasa memuji dan mengingati NYA..

*buat teman-teman yg sudi memberikan aku semangat dan nasihat pd minggu lepas..
bersama di sisi aku.. hanya ALLAH yg akan membalas budi kalian
"segala yg ada di langit dan di bumi sentiasa membesarkan ALLAH,bg NYA lah kuasapemerintahan dan bagi NYA lah segala pujian,dan ia Maha KUasa atas tiap-tiap sesuatu"
at-Tghabun:1

Wednesday, March 23, 2005

.::E-MAIL DARI KAK KHAZA

Tajuk :Sombong Pusaka Iblis Artikel ini diambil dari koleksi
artikel myMasjid :http://wwwmymasjid.com.my/article/show.asp?id=2114
==============================================

Sombong merupakan satu sifat keji yang dibenci Allah dan rasul malah oleh seluruh isi alam ini. Mengekalkan sifat sombong ertinya mengekalkan diri dalam kutukan Allah. Abu Laits Al Samarqandi meriwayatkan ; daripada Ka'bul Ahbar : Orang yang sombong itu akan datang pada Hari Qiamat berupa orang sekecil semut, diliputi oleh kehinaan dan diberi minum "Thinatul Khabaal" yakni darah bercampur nanah daripada ahli neraka. Sifat sombong atau ego ini hampir semua orang memilikinya , cuma sesiapa yang kuat mujahadah dan takutkan Allah sahaja berjaya mengikis sifat keji ini.
Antara ciri-ciri seseorang itu ada penyakit sombong ialah:

1. Suka memperkecilkan orang lain lebih-lebih lagi orang yang dipandang hina dan lebih rendah taraf darinya.
2. Susah menerima sebarang nasihat, teguran atau kritikan daripada orang lain terutama orang di bawahnya.
3. Bermegah dengan keistimewaan anugerah Allah kepadanya, seperti cantik, berjawatan tinggi, kaya, bijak, mahsyur, dipuji orang, keturunan baik dan sebagainya.
4. Suka marah-marah kepada orang atau membentak-bentak orang di khalayak ramai.
5. Rasa diri hebat, sempurna, kuat hingga membelakangkan kehebatan dan kebesaran Allah samasekali.
6. Suka bergaul dengan orang yang setaraf dengannya sahaja.
7. Pendapatnya sahaja yang betul dan mesti diterima, orang lain salah dan tidak penting.
8. Susah minta maaf dan senyum pada orang lain.
9. Tidak pernah fikir kesusahan orang , ia fikir kesenangannya sahaja.

Apakah ciri-ciri di atas ada pada kita? Kalau ada ertinya kita memiliki sifat sombong, dan kita dalam kemurkaan Allah. Sifat sombong jika dikekalkan ia akan membinasakan hidup kita di dunia dan Akhirat. Di dunia, susah payah hidup, kita tanggung sendirian. Bila mati tidak ada seorang pun yang akan mengenang. Orang yang sombong akan dibenci ke mana sahaja dia pergi. Kalau dia seorang bos pejabat, anak-anak buah akan menjauhkan diri, jika dia pemimpin , suatu hari nanti ia akan digulingkan dan jatuh sejatuhnya.

Lihatlah pada kesudahan orang-orang yang menyombongkan diri mereka. Azazil, ketua para malaikat; kerana sombongnya dia dihalau keluar dari Syurga. Firaun ditelan Laut Merah kerana kesombongannya mencabar Allah dan mengaku dirinya tuhan. Qarun ditelan bumi bersama harta yang meilmpah ruah juga kerana sombong. Kikislah sifat sombong ini dengan berkata pada diri: "Wahai diri...kalau kau sombong kau akan kehilangan kawan. ALlah dan Rasul dan seisi alam akan membenci mu. Hidup keseorangan seperti kera sumbang. Syaitan, firaun, Namrud, Qarun menjadi temanmu dalam Neraka. Sanggupkah kau menanggung azab siksa Neraka yang manusia dan batu menjadi bahan bakarannya? Kawah yang isinya logam cair menggelegak, akan dicelupkan dirimu ke dalamnya.

Tahankah dengan siksaan itu??

Sebagai penawar kepada sifat-sifat sombong ini , amalkan setiap hari:
1. Baca Surah Ad Dukhan
2. Selawat
3. Mengekalkan sifat kehambaan walau di mana berada.

InsyaAllah kita akan terselamat daripada sifat terkutuk itu. Tiada gunanya kita mempertahankan sombong.

Firman Allah :
"Janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembusi bumi dan tidak akan sampai setinggi langit."
Oleh itu burui lah sifat tawadhuk; merendah diri dgn Allah

Tuesday, March 22, 2005

.::Aini gave it to me..

ku serah cinta

*aini n me

ku serah segala ketentuan
biarlah masa yg berbicara
dipangku wajah yg layu
dan aku telah jemu
aku tidak mahu berpaling pada yg mengganggu dan menggugat
sapanya meletihkan diri
hadirnya mengundang penat
akan ku serah cinta inibukan lagi pada manusia
kerana cinta martabat itu
bersalut segunung
kepalsuaan dan kepuraan
aku semakin tidak peduli apa yg akan mungkin akan terjadi
kerana gerak dan tindakan
kumahu bebas dari masalah
ku serahkan cinta ini
hanya pada Mu oh Tuhan
akan ku serah cinta inibukan lagi pada manusia
kerana cinta martabat itubersalut segunung kepalsuan
dan kepuraan
aku adalah aku sekarang
biar terbuang tetap berjuangakan ku serahkan jiwa ini
sepenuh hati dengan keikhlasanaku adalah aku yg sekarangl
kuserahkan cinta ini

Lagu: Manis Helma
Lirik: Pahrol Md Juni
Penerbit:Munif Ahmad
Hakcipta:Hijjaz record

*lagu nie...erm...actually..last week one of my friend givit to me..Aini ..komen about lirik..haha..nak kata terkena pada diri sendiri tak la jugak..tapi i do satisfied..puas hati la dengan kaset in-team 04 ni..nak kata peminat in-team..ntah la..but not to be bias..boleh kata semua kaset nasyid various of groups aku ada..tapi ye ler..ada org kata in-team ni liriknya banyak berunsur cinta..tapi pada aku..terpulang lapada pendengar..bukan nak kata pasal aku dapat discount bila beli cd dari che khalid..(che khalid...?m.shahril ab khalid la...dulu dia ni masa hi skool dok sbelah my cousin "boleng"..peh tu masa "menara gading" katSMAP Labu..aku jadi assistant dia tuk biro dakwah...ceh caner ble jadi biro dakwah tah..tapi masa tu aku garang la jugak tapi la ni...tak lagi la..che khalid..apa khabar tah dia sekarang..sure la bizi..)sekarang aku beli gak cd in-team..hijjaz..unic..bla..bla..bla..semuanya tanpa discount..tak pe la..janji puas hati sambil bermuhasabah..bermuhasabah?pelik gak..berhibur sambil bermuhasabah...?habih tu...bila aku drive sensorang dalam kete sambil pasang kaset nasyid ni..air mata aku meleleh je turun..aa...maknanye..ada la lirik yg buat aku tersentuh..contohnya..macam lagu hijazz yg baru ni tajuknya "ibu" tu..memang aku tak tahan...cepat je pikiran aku balik umah jumpa mama..aduhai..lagi satu dalam in-team 04 gak.."keredhaanMu"yg ni mmg beri sentuhan yg mendalam pd aku..x pe nanti aku pastekan kat sini..tuk muhasabah bersamaada org saje dengar tuk relex..ada org betul-betul tangkap leleh..ni pun satu hal gak..leleh air mata..tapi kerana apa kurang pasti..contohnya macam my sister kat usm..roommate dia yg sorang tu..aku gelar minah ni.."purple maniac"apo tah..abih sumer bembarang dia purple..tapi honestly...aku rimas dengan org yg terlalu minat pada purple nih..dia ni..ntah la bila buka mp3 nasyid in-team la especially..terus meleleh air mata..when i asked my sister..asal la kawan ko tu nangis..then my sister said..ntah teringat kat boyfren dia kat Jordan tu kot..alahai dik oii..kalau dengar nasyid tapi tak letak kan mesej pada tuhan..tu dah kira tahap "lagha" dah tu..LALAI..aduhai...ALHAMDULILLAH..aku sedaya upaya tolong ingatkan diri sendiri supaya tak lalai lagi...walaupun memang selalu lalai..
kadang dalam hidup ni..kita memang selalu lupa...selalu buat salah..bila dah buat salah..tahu benda tu salahtahu pula yg kita akan dihukum dgn kesalahan kita tu..tapi tak takut pula kita ulangi..adakah kita mendustakan "kalam" ILLAHI..?tapi sedarkah kita..sesungguhnya..pada masa itu..ALLAH..masih memberi kita ruang untuk muhasabah dan bertaubat..syukurlah..kita masih belum ditimpa bencara dan hukuman yg betul-betul direct pada diri kita..inilah fitnah dunia...lagi teruk pula..akhir zaman..nak berbicara pasal akhir zaman pula....mungkin boleh diperbincangkan lagi nanti..InsyaAllah..

::my Lord..do forgive me..and others..of my friends and brothers and sisters that..we are too week..in facingour life here..and we do forget..sometimes..that we are the vicegerent "khalifah" here::

Friday, March 18, 2005

makan-makan...

kerang bakar..cicah sambal..tom yam ayam..nasi separuh..telur bungkus..



quite a long time jugak dah tak pegi makan-makan..lepak-lepak..since..my enrolment in the MBA program(nice group ('',) MBA UIAM batch 20)..ALHAMDULILLAH..ALLAH makbulkan jugacita-cita aku tuk sambung studi lagi mula nya nak enrol in Master of Management in Traning or HR..but at last..aku sendiri tak percaya dlm usia "yg sekarang" ni aku buat MBA..
well..kalau nak compare ada ramai lagi yg dah buat MBA dlm masa yg muda.. erm...apa yg aku risaukan..KUALITI..itu yg aku risaukan..tapi apa yg pasti aku nak gain ILMU..

huh..apa yg menariknya dalam kelas ni..i'm de YOUNGEST..mmg dah agak pun..masa interview lagi..Prof Azhar sendiri bimbang..ingat lagi kata-kata dia tu "deela you should speak up in class..don't you evar do your undergrad habit"aduhai malunya..tapi itu la..dia sendiri bimbang aku tak terkejar student lain dalam kelas tuh..apa tak nyer..semua dah MANAGER level..aku je yg exec yg junior..bila depa debate..hoh..waktu tu ler..otak aku berlari..x tahu sudut mana..mencari point tuk di relate kan..MASYA ALLAH..tuhan je yg tahu...cabaran amik MBA dlm usia setahun jagung ni..dalam kelas tu ada 6 Chinese guys..2 Indian 'uncles' hehehe no la..Mr Nanda and Mr Silva..the reast..are Malay with total of 35 student..

the class is so fantastic but..the only prob is me..aku je yg lambat..wei..lambat..everybody on that class bersemangat sangat..sumer pi kelas bawa buku..huh..kadang tu..aku la yg malas bawa buku..udah la paling muda kemudian 'selekeh' betul perangainya..may be gak..pasal perangai undergrad tu tak hilang lagi..now..after work kadang tuh..paksa diri buka buku kalau studi-mates ajak discuss semangat la sikit tuk polish otak ni supaya berjalan laju dgn gear 5 kalau tak...gear auto jer..this sem..accounting..YA RABBI..ALLAH je yg tahu..aku mmg tak suka accounting..tapi berkat semangat yg ditiup rakan-rakan..bos..director..aku teruskan gak ler walaupun perit sangat..udah la assignmenttiap minggu..case and article..aduhai..pedih..pedih..tak per..INSYAALLAH..
now aku serahkan segalanya..mama pun tak kata apa..just said..plan it properly..sedih bila kenang mama and papa..baru je keje..aku sambung studi balik...depa tak puas merasa duit aku..dah kene bagi aku duit(aa mesti la..status pelajar..walaupun ada gaji sendiri..tapi aku tak minta depa je kasi sempang beg duit aku kempis lagi nipis)
insyaALLAH ma..pa..satu hari nanti anakanda mu ini akan membalas jasamu tak kira DISINI mahupun DISANA (saat ini air mata mengalir sudah..)aku berjanji..akan aku bahagiankan mereka DISINI & DISANA..
aku akhiri..
Surah Luqman ayat 14 bermaksud:
Dan Kami amanatkan kepada manusia (agar menghormati dan memuliakan)terhadap kedua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah dan bertambah kesusahannya dan menyusuinya selama dua tahun. Bersyukurlahkepada-Ku dan kepada dua ibubapamu, dan kepada-Kulah kembalimu.

Thursday, March 17, 2005

PROF SAEED'S MAIL


To:
iiumba@yahoogroups.com
From:
"Saeed Siddiq" View Contact Details
Date:
Wed, 16 Mar 2005 22:55:24 -0800 (PST)
Subject:
[iiumba] Positive Attitude

Positive Attitude :

" A long life may not be good enough, but a good life is long enough." ...life truly is what you decide to make of it. You are the architect of your life. Life can be as good as you "will" it to be!!
"What you get by reaching your destination is not as important as what you become by reaching your destination." ...enjoy the journey for this is your life!!!

"Most people don't succeed in life because they major in minor things." .....don't sweat the small stuff,.......cause most of it is small stuff!!! Life can be as good as you "will" it to be!!
"Life is 10 percent what happens to us and 90 percent how we react to it!" ....isn't life great? We have been given the "gift" of choice. We can choose how to react to the "stuff" that happens to us. Choose to be positive!!!! Life can be as good as you "will" it to be!!

"What lies behind us and what lies before us are tiny matters compared to what lies within us!" .....today is the only day you've got!! What you do with it, how you choose to enjoy it, or not is totally up to you. Life can be as good as you "will" it to be!!

"Care more than others think wise. Risk more than others think safe. Dream more than others think practical. Expect more than others think possible."
"A good example is the best sermon." ...lead by example and live the life you've dreamed!!!
"Your world is only a mirror of you." ...what you give out comes back to you eventually, in one form or another!
**************************************
( Prof Saeed..do allow me..paste ur mail here)
gosh..friends..
look..!!what my beloved Prof Saeed had sent to all of us..batch 20 IIUM MBA student..
THANKS PROF..!!
i really apreciate it..

WA ALLAHU"ALAM..hope all...do think a moment about this mail..its really meaningful to our life..INSYAALLAH

Sunday, March 13, 2005

pengkhianat..
erm..sapa la yg suka dikhianati walaupun kadang-kala kita mengkhianati org lain..nauzubillah...rasanya tak pernah lagi diri ini mengkhianati orang lain saudara ukhwah fillah yg lain secarasengaja..tak tahu lah kalau secara tak disengajakan..maafkan diri ini..sedih..memang sedih bila diri sendiri dikhianati...walaupun rasanya dah cukup berhati-hati..tak tahu lah..

"
bahkan (mereka berdosa memakan hak orang lain, kerana)sesiapa yg menyempurnakan janjinya (mengenai hak orang lain) dan bertaqwa maka sesungguhnya Allah mengasihi orang2 yg bertaqwa"
Al Imran:76

ayat ni lah yg ustazah selalu ingatkan dulu bila kami kat sekolah dulu bila kami tak siap keje skolah..haha masa tu boleh la gelak2 tapi sekarang teringat la balik bila terkena kat diri sendiri..sahabat hai sahabat..tak tolong dikatakan "teruk" lagi "tak memahami" tapi apakan daya..bila ditolong...diri sendiri pula susah..apa taknya...bila apa yg dijanjikan tak pula tertunai..
kereta..its all about my second aseet that very important to me..asset kedua yg paling aku jaga..argh..bukan lah keduniaan sangat..tapi aku melabur demi kepentingan masa depan pada aset yg bernama kereta tuh..nak jaga...injin..kebersihan..petrol dan sebagainya..kawan nak pinjam..?bukan tak bagi tapi kena la pada masanya..sekarang...ni kereta tu la yg aku perlukan utk kesana kemari mengejar masa..lepas pejabat...berlari ke kampus ke lab ke library tuk siap kan assignment..group discussion..
tapi...wahai seseorang yg pernah bergelar sahabat...kau seseolah...tak memahami apa yg aku lakukan..kau kejam..sekali pikir macam org tak de akal..buat keje sia-sia tak sudah...bukan aku tak menasihati mu..tapi perubahan mu sementara..
dan kini..hampir seribu..millage kereta ku...apa pula alasan mu kali ini?
(jangan kau ingat aku boleh diperlekeh seperti yg lain..aku cukup tahu apa hak aku)
MASYA ALLAH..mujur ALLAH masih berikan aku segenap kekuatan...
fikirkan lah..kemana pula kereta ku itu di pandu..?ke arah kebaikan kah?demi kejayaan bersama kah?atas fardhu kifayah kah..?atau sebaliknya..?
janji tidak kau tunaikan....pula lagi kau rosak kan..cukup..kau bukan lagi sesiapa pada aku..tak tahu la pula pada yg lain..kerana kepercayaan ku sudah 3 kali kau lunturkan..walaupun lebih 30 kali kau calarkan namun...cukuplah...walaupun org lain akan berkata...aku yg mengalah..namun itu satu kemenangan yg besar buat ku...

sesunguhnya aku menamatkan PENGKHIANATAN pada diri ku terhadap MU ya ALLAH..syukurlah...walau 1000 kali aku melakukan pengkhiatan itu..KAU masih memberi PELUANG itu..
*aku adalah aku yg sekarang..tetap berjuang walau terbuang*

Saturday, March 12, 2005

::Renungan Jumaat::

::renungan::

{satu}

katakanlah (wahai Muhammad)
"mengembaralah kamu di muka bumi,kemudian perhatikan lah bagaimana akibat buruk (yg menimpa) orang yang mendustakan (rasul-rasul) itu"

al-an'am:11

{dua}

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu,kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah"

an-nisaa':28

{tiga}

maka kecelakaanlah kepada penyembah dirham,penyembah dinar,pemuja pakaian yg mahal-mahal

hadis riwayat Bukhari

{empat}

"oleh itu,maka (tetapkanlah kepercayaan mu) bahawa tiap-tiap kesusahan itu disertai kesenangan"

al-insyirah:5

{lima}

"dan kamu tidak dapat menetukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun) kecuali dgn cara yg diaturkan oleh Allah,tuhan yg memlihara & mentadbir seluruh alam"

at-taubah:29
*************************************************************************************************************
Alhamdulillah..
selama seminggu mengumpul petikan renungan ini saya pastekan kat sini tuk renungan semua hope ada manfaatnya.hati cukup terkesan dgn renungan kelima surah at-taubah ayat 29..sesungguhnya kita hanya mampu menrancang tapi DIA lah yg lebih layak tuk menetukan..contohnya macam pagi tadi..segalanya sudah diatur perancangan tuk persediaan menghadapi cabaran hari ini..pergi keje..sambil bawa buku teks and reading material yg perlu dibaca tuk persedian kelas esok hari..namun..perancangan tuk hari ini digagalkan dgn izin NYA kerana seorang sahabat..kegagalannya tuk memulangkan kereta pada pagi tadi..membuatkan segala plan terbantut dan gagal..sedihnya..hati dah mula menangis..cuma air mata je yg tak keluar lagi..memang kalau boleh nak tahan tapi tak berjaya..akhirnya nangis lagi tuk sekian kalinya..apalah nasib..kadang kala..hidup kat dunia ni kene tolong menolong tapi kadang kala kita tak tahu adakah kita menolong mereka pada jalan yg benar..ruginya..andai keihklasan disalah gunakan..
entah lah yg pasti..aku sedih dgn sikap segelintir sahabat2 yg tak cuba tuk memahami keadaan diri ini yg bukan seperti dulu lagi..cabaran aku lebih berat dan susah kini..aku bukan minta tuk ditatang cuma minta tuk diberi sedikit ruang tuk mengubah dan menghadapi perubahan yg baru ini..
entah lah..sedihnyer..

Wednesday, March 09, 2005

i'm a pedestrian..

salam to all...
i'm a pedestrian..
saya seorang 'pejalan kaki'..
musafir??kembara??
yg pasti..berjalan..dan terus berjalan..
cuma kadang kala..perjalanan itu tak semuanya lancar..
adakala terhenti..lama..sekejap..bergantung pada situasi yg dihadapi..
berjalan..tetap berjalan..perjalanan belum tamat..selagi diberi peluang oleh NYA
di sini saya tetap berjalan..sambil melihat dan mentafsir kebesaran NYA di sebalik dugaan yg di beri NYA..
-----------------------------------------------------------------------------------------
testing..testing
hehe..kalo deing baca nih musti dia tak puas hati...
blog yg dulu mana..?bisu...keras...frozen..beku...tak update..tak pe la cuba yang ni pulak..
hope i can paste up someting benificial here...sambil sharing idea and experience with whoever la yg sudi..
haha buat asmahizan and norzilah..
both master student in UM and UUM that i found da freindship from Raudhah.com..
ahlan wa sahlan again..
since i have browsed both of you blog's so hope we can link each other after this..
*lupa lak..Deing!! mu lagi la kawe dok lupo..
my concept...rojak..rOjAk..even it is mamak style..singapore style..i dun care..
ok..enjoy it!!