.::sehari yg berpenyakit
hibanya..
tak tahu lah apa yg hiba sangat dari semalam lagi perasaan ni dah menggigit..semalam puas aku tahan air mata dari tumpah (mungkin sebab dah lama tak mengangis) sesampai je depan rumah..aku menangis dalam kereta..hiba sangat tak tahu kenapa..
tapi inilah..penyakit hati..tak tahu mana pangkal hujungya..berperang dengan emosi..
"DIAlah yg mengaturkan kejadian kamu;maka ada sebahagian drpd kamu yg kafir dan ada sebahagian drpd kamu yg beriman, dan Allah maha melihat akan segala yg kamu kerjakan (serta membalas masing-masing)"
at-Taghabuun :2
ayat kat atas ni pulak mengingatkan aku pada Kekuasaan NYA yg ada dimana-mana tapi istimewanya kali ini..aku..pagi tadi seperti dalam jadual aku hari ni..aku akan ke Kedutaan Morocco..mencari maklumat tuk peluang pasaran Timur Tengah..
kepala pening..sarat memikirkan assignment financial analysis yg tak siap lagi..tambah pulak arahan bos yg semakin menimbun-nimbun..semua perlu di bereskan..sedar tak sedar..ubat yg aku ambil kat klinik semalam dah tinggal 5 biji jer..15 biji aku telan..tak sedar..sebab nak tahan sakit aku kurang beringat risiko akan datang
tepat 10.30 pagi aku melangkah keluar dari pejabat menuju stesen LRT Ampang Park ke KLCC..turun kat KLCC aku pening-pening lalat cari Wisma Selangor Dreaging..lintas sini..lintas sana..sampai jugak ke East Wing tingkat 3 Kingdom of Morroco Embassy..
Ya Allah...baru aku sedar aku datang tanpa sebarang dukumen kecuali IC dan ID staff..tak pe la aku tawakkal je..lagi pun aku nak jupe Trade Embassador je bukan jupa Duta Besar..
dekat sejam nunggu..akhirnya..aku dipanggil..hehe..dalam otak tak pikir apa sangat janji keje selesai..aduhai..padahal byk lagi yg belum selesai..
aku masuk..terus lagi masuk dalam bilik yg agak besar..kemudian aku diperkenalkan oleh setiausaha tu..ni la Duta Besar Morocco ke Malaysia..Ya Allah..sudah la aku tak bawa dokumen rasmi..sudahnya aku tunjuk business card je..
Ya Allah cantiknya aturcara KAU..peluang yg diberi..Rahmat yg meninggi semuanya tak aku duga dan aku jangkau..
lebih kurang sejam setengah..aku bertemu bual dgn Mr Mohammed..akhirnya aku ucapkan terima kasih atas bantuan dan kesudian nya (bukan senang dapat peluang layanan dari Duta sendiri...abis-abis pun dia bagi kat pembantu dia)
bersyukur aku..tiada yg lebih Agung dari Rahmat Kasih NYA
::rasanya memang aku tengah pening..ntah apa yg aku tulis akupun kurang pasti tapi beginilah otak aku berfungsi sekarang ni..maaf yer
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home