:.: My Notes - I Do It My Way :.:

"Dan sesungguhnya KAMI telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan KAMI lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya" Surah QAAF, Ayat 16

Sunday, April 10, 2005

.::Kesibukan

Awwalan..maaf pada semua..terlalu la sibuk dalam 2-3 minggu ni..dengan mid-term exam yang bakal menyusul dan diikuti dengan Minggu Saham Amanah Malaysia yg akan diadakan di Padang Pembandaran Seremban 20 – 26 April akan datang ni..tak habis lagi dengan poster biotek yang perlu diperbaiki sini sana..(padahal nak kene terjemah je poster masa kat conference Putrajaya dari English to Malay..tapi ambil masa seminggu..kene tapi 3 bos pulak tu..tak masuk copy writer lagi.. huuuu rasa nak nangis..

Hehe..myself with the ‘Oil & Fats’ posters..purposely aku letak pic ni separuh je..Marriot Putrajaya


Well ler see..apa yang akan berlaku pulak dlm MSAM nanti…yg pastinya..aku seronok..boleh balik umah…then mama masak..tapi la..jadual tak kene…kene shift siang tak pe 10 pagi till 4 petang tapi penat la…but if kene shift malam 4 petang till 10 malam..apa boleh buat..balik terus tidur kat Royal Adelphy laa..even ada masa lagi sejam…tak nak la aku drive memalam balik ke rumah..nak kene lalu Bukit Putus lagi..bukan la takut..tapi bimbang la jugak..anak dara drive memalam lalu jalan cam tuh..huh.. : / penat otak mikir

Bila pikir balik sure aku penat tak tertanggung..aduhai…20 April kat Seremban..21 kene balik UIA semula ada kelas..22 Seremban semula 23 – 24 balik UIA ada kelas...apa nih…cam nih…’kempis’ la purse ‘buaya’ aku..
Tak pun mesin ATM pun bosan..asik pin number ****** ni je yg kene key in..

Tapi x pe la..akan aku usahakan yg terbaik..lagipun perancangan DIA lagi cantik daripada perancangan aku..berserah je la..teringat kat ceramah Dr Mashitah…lebih kurang gini la…



Dalam ayat 186 Surah Al-Baqarah yang bermaksud:
''Apabila hambaKu bertanya tentang Aku katakan (wahai Muhammad) bahwa Aku dekat dan Aku menyampaikan doa orang yang meminta kepada Ku.''

[Allah menjanjikan bahawa setiap yang meminta pasti akan dimakbulkan permintaannya. Ini bermakna Dia akan mengotakan janji-Nya. Apa yang dihajati oleh orang
yang berdoa tadi akan ditunaikan tetapi menurut cara Allah dan perancangan-Nya bukan perancangan manusia. Kadang-kadang perancangan Allah sama dengan
perancangan orang yang meminta kadang-kadang ia berbeza. Apa pun yang pasti doanya termakbul dan Allah memberi pilihan yang terbaik untuk manusia itu.]

Wa ALLAH hu ‘alam…

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home