:.: My Notes - I Do It My Way :.:

"Dan sesungguhnya KAMI telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan KAMI lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya" Surah QAAF, Ayat 16

Saturday, April 02, 2005

::SALAM::

sebagai renungan buat semua pada pagi Jumaat ini..nak sentuh sikit je pasal ucapan salam..benda mudah yang kadang kala kita lupa..

>>Adab Memberi Salam

  • Hukum memberi salam adalah sunat muakkad bagi perseorangan dabn sunat kifayah bagi berkumpulan.
  • Menjawab salam pula adalah wajib bagi perseorangan dan fardu kifayah bagi berkumpulan

>>Hikmat Memberi Salam

  1. Mendapat keredhaan Allah
  2. Mendapat doa dari Malaikat
  3. Mendukacitakan iblis
  4. Membersihkan hati dari sifat keji
  5. mengukuhkan persaudaraan Islam

>>Mereka Yang Utama Memberikan Salam

  1. Yang berjalan pada yg duduk
  2. Yang muda pada yg tua
  3. Yang berkenderaan pada yg berjalan
  4. Yang berada diluar pada yg di dalam
  5. Yang dibelakang pada yg di depan
  6. Yang mahu meninggalkan majlis kepada yg masih berada dlm majlis

>>Mereka yang Makhruh Diucapkan Salam

  1. Yang sedang Azan dan Iqamah
  2. Yang sedang mengajar ilmu agama
  3. Yang sedang membaca Al Quran
  4. Yang sedang membuang air
  5. Yang kafir dan musuh Islam

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home