:.: My Notes - I Do It My Way :.:

"Dan sesungguhnya KAMI telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan KAMI lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya" Surah QAAF, Ayat 16

Thursday, April 14, 2005

.::tentang tudung




salam to all..

:) terlintas pulak kali ni nak berbicara tentang tudung atau hijab ni..tapi bukan la arif sangat nak berbicara tentang aurat..apatah lagi yg paling mudah tudung ni..secara teori memang lah mudah tapi secara praktikalnya..susah nak jawab..mungkin dari segi action atau perlakuan nya sudah cukup tuk menjelaskan..

:) teringat pula pada konferentasi dengan dua sahabat yg berbeza berbicara tentang tudung atau hijab ni..hakikatnya kedua-dua sahabat aku tu memang lengkap pemakaian mengikut garis pandu syarak..(pada pandangan mata kasar aku la..bertudung bulat..bersarung kaki..sejuk mata memandang)

cuma yg ingin aku bezakan 'approach' atau pendekatan yg mereka cuba lakukan..heh aku bukan la orang yg layak berbicara tuk pendekatan dakwah ni..tapi..aku sendiri pernah dilatih tuk buat pendekatan dakwah satu masa dulu..malangnya ilmu tanpa amal..pendek cerita secara teori aku ada la..daripada dua org sahabat ni aku tahu..mereka ada niat yg baik tuk berdakwah cuma cara yg berbeza..

salah seorang dari sahabat tu berkata "tak kisah lah..tudung apa yg kita pakai asalkan tidak menunjukkan kulit,bentuk tubuh dan seeloknya di labuhkan..tak kira la tudung bulat ke tak bulat ke janji yg kene pada syarak"
tersenyum aku mendengar penjelasan dia ni..dia ni cukup terbuka..
yang sorang lagi pulak..mungkin agak 'lurus' dengan berkata "erm..tudung yg terbaik ni tudung bulat la..tudung silang-silang..belit-belit..merimaskan"

:) masing-masing punya pendekatan yg berbeza..tapi aku tahu niat mereka cuma satu tuk berdakwah..fikir-fikirkan..kadang kala pengalaman lagi banyak mengajar kita daripada berpandukan pada teori sahaja..praktikal..sudah tentu amat penting kerana ia juga salah satu daripada pengalaman..pada aku la..kalau nak bertudung biar lah proper..aku lebih suka dgn kata-kata sahabat aku yg pertama tu..kalau ada org yg bertanya kat aku tentang tudung atau hijab ni pun aku akan jawab macam ni jugak..


teringat kat pesan ustazah "apa-apapun kita kene doakan org yg pd pandangan mata kita buruk tu akan jadi lebih baik dari kita,sebab kita tak tahu Allah nak letak nasib kita macamana pulak satu hari nanti"
insyaAllah..sebab aku dah nampak..ada sorang kawan masa kat sekolah dulu tak la pakai tudung proper sangat tapi now Alhmadulillah pakai tudung bulat and ada jugak yg sebaliknya :)

lagi tentang tudung..sila la baca :)
http://www.darulnuman.com/mhikmah/tudung.html


2 Comments:

At April 16, 2005 4:07 PM , Blogger Asma said...

sapo ya kwn akak yg 2 org tu?sy kenai ke ye..hmm..

 
At April 18, 2005 11:48 AM , Blogger abdiLLah said...

kenal atau tak itu tak menjadi masalah dik..yg penting mereka adalah 2 org sahabat yg akak sayangi :)

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home